Singgah Jap

Rabu, 27 Mac 2013

Menanti hari esok

PSP bakal didatangi oleh ahli-ahli panel dari MQA untuk tujuan audit akreditasi program DIB kami. Suspen, ngeri, geram, kecewa, teruja.. bercampur baur hingga kami tidak dapat mengenalpasti apa yang kami rasa di saat ini. Moga semuanya berlalu dengan mudah. Persiapan dibuat sejak 3 tahun lepas dan semakin rancak bermula minggu sudah. "Bantulah la kami Ya Allah. Cukuplah hanya Engkau pelindung kami". Harapan agar akreditasi penuh dalam genggaman.

Bila aku renung kembali persiapan untuk menyambut pihak MQA, buat aku tersentak dengan persiapan aku untuk menghadapi hari kematian, hari kebangkitan juga hari akhirat. Janji Allah adalah sangat benar dan kita sentiasa diingatkan oleh Al-Quran. Bila kita membaca Al-Quran, semua persoalan kita akan terjawab. Apa lagi nikmat Allah yang hendak kita dustakan. Allah Maha Mendengar, Maha Pengampun, Maha Pengasih. Maha segalanya. Cukupkah bekalan yang hendak dipersembahkan?  Kehidupan dunia adalah sesuatu yang akan berakhir. Kebaikan yang dibina di dalam kehidupan di dunia sahajalah akan mendatangkan faedah selepas mati. Antaranya adalah sedekah jariah.

Allah Taala menyukai bantuan kepada orang  yang bermusibah. Allah Taala tidak mengasihi orang yang tidak berbelas kasihan terhadap manusia. Sesiapa yang menjauhkan musibah seseorang Islam, Allah Taala akan menjauhkan musibahnya pada hari kiamat. Sesiapa yang memberi kemudahan kepada seseorang Islam di dalam keadaannya yang susah, maka Allah Taala akan memberi kemudahan baginya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menyembunyikan keaiban seseorang Islam, maka Allah Taala akan menyembunyikan keaibannya di dunia juga di akhirat kelak. Dan lagi, sesiapa yang menunaikan hajat seseorang saudaranya yang Islam, pahalanya seolah-olah dia beribadat kepada Allah seumur hidupnya. Semuanya haruslah ikhlas dan mengharapkan redha Allah Taala semata. Itu semua janji Allah Taala yang pasti dan ada dinyatakan di dalam beberapa hadis sohih. (Rujukan : Kitab Fadhilat Sedekah)

Kadang-kadang kita suka persoalkan tentang nikmat yang ada pada orang lain. Adakah kita bersyukur dengan apa yang kita ada? Allah beri nikmat kepada seseorang mengikut kesesuaiannya dan semua nikmat adalah ujian. Nikmat sihat, nikmat dapat merasai makanan - pedas, masin, masam, pahit, nikmat melihat, nikmat bernafas. Semua itu nikmat. Nikmat bukan hanya dalam bentuk kebendaan saja. Syukurilah apa yang ada pada kita walaupun mungkin kita tidak suka tetapi ianya adalah baik untuk kita. Kerana apa? Kerana Allah sangat mengetahui apa yang baik buat semua hambaNya. Oleh itu, jangan berkeluh kesah. Allah sentiasa ada untuk mendengar. "Aku tidak pandai berdoa Ya Allah tetapi aku mohon doa yang sama seperti Rasulullah buat umatnya".

Moral : Yakinlah dengan janji Allah Taala.

  
 
 



Isnin, 25 Mac 2013

Pisang bersalut coklat

Kawan-kawan boleh cuba buat seperti gambar di bawah.. mesti anak-anak suka terutama masa cuti sekolah ni (ibu ayah tak boleh cuti sebab cuti dibekukan.. Jumaat nanti baru cair.. in shaa Allah.. ada hikmah semua ni.. mod:pujuk diri sendiri)
 
 
 Kalau nak cuba resepi yang lain.. boleh la cari di Facebook : Buku Resepi.
Selamat menggembirakan hati sendiri dan keluarga!
 
Peace no war!


Selasa, 19 Mac 2013

Pengukus Ajaib Tupperware

Untuk kali ini aku nak berkongsi dengan korang satu lagi lagi kemudahan ketika memasak.. kalau sebelum ni kita guna pemanggang ajaib untuk kerja-kerja memanggang.. kali ni untuk kerja-kerja mengukus kita guna pula Pengukus Ajaib... taraaaaaaaa...... pemanggang ajaib sudah agak hitam ya.. itu menunjukkan penggunaan maksima ke atasnya.. hahaha... dengan lain maksud... rajin le memasak.. ok.. itu dah masuk bab riak... forget it.. kembali ke tujuan asal perkongsian kita... Gambar di bawah adalah pengukus ajaib satu lapis.. cuma perlu direndam di dalam air mengikut takat yang dibenarkan... jangan lebih jangan kurang.. kalau lebih.. ditakuti barang kukusan akan terendam dengan air kukusan.. kalau terkurang pula dikhuatiri akan cair pula pengukus ajaib kita.. terus hilang keajaibannya kerana materialnya adalah daripada plastik keras yang boleh cair..



Pengukus dijual dua lapis.. brand Tupperware.. harga katalog adalah RM49.70.. tapi kalau korang jadi ahli boleh diskaun lagi 25%... murah dan berbaloi... Gambar di bawah adalah set penuh pengukus ajaib..



antara yang boleh dikukus ialah seperti kuih pau... beli yang sejuk beku cap NANI's... cap lain pun banyak juga.. jangan lupa ditutup ya..


atau kita buat ikan stim... campak masukkan semua segala bahan (resepi korang boleh google).. terus ikan itu mengukus diri sendiri dan kita boleh membuat kerja lain seperti menjemur kain atau mengangkat kain dari jemuran. Bergantung kepada keadaan kain korang di masa itu la... taraaaaaaa.. siap satu lauk... 


dan... gambar di bawah adalah apabila CK nak tolong kukuskan semula lauk ikan stim tu tapi diletakkan ke dalam kuali yang tidak diisi dengan air... dah sah-sah itu bukan mengukus namanya kan sebab tak ada air.. itu mencairkan pengukus ajaib aku la maknanya... uwaaaaaaaa!!!!! (kifarah buat diriku.. moga Allah ampunkan dosa aku dan seluruh umat.. Alhamdulillah ada dua lapis pengukus tu kan.. boleh guna yang satu lagi... sabar ya wahai hati... hmmmmm)





Selasa, 12 Mac 2013

Atiqah dan Monyet


Inilah 5 ekor monyet Atiqah.. seekor yang di hujung ada anak di belakangnya.. boleh di dapati di mana-mana.. aku beli di Sabah, Perlis dan Kelantan. Macam-macam kaler ada.. Yang paling tua adalah monyet berwarna coklat tu..


Atiqah bersama monyet-monyetnya.. cepat je bila suruh bergambar dengan monyet.. siap tersenyum simpul.. hahaha


Monyet berwarna merah jambu terpilih untuk naik feri ke Pulau Pangkor... yang lain kena tinggal dalam kereta.. maklum la.. yang paling muda..


Mungkin monyet biru yang paling menyerlah warnanya maka terpilih untuk duduk bersama dengan ketua kampung, penghulu dan pihak pengurusan Kampung Semaliang..


Sekian..



Khamis, 7 Mac 2013

Homestay di Batu Pahat, Johor

Boleh sewa kat sini kalau korang berhajat untuk

a. berjalan-jalan di Parit Raja yang terkenal dengan UTHMnya dan segala macam kerepek (best pegi pasar tani tiap pagi Isnin dan Khamis di Parit Raja.. ada nasi ambeng dan macam-macam lagi)

b. makan Putu Bambu Air Hitam, Nasi Beriyani Gam, Soto

c. membeli-belah di Pekan Air Hitam

d. berjalan-jalan di Kluang



e. melihat-lihat bandar Batu Pahat



f. menyaksikan kesan sejarah di Minyak Beku, Batu Pahat

g. jengah mak aku di Yong Peng (eh?)

Alamatnya :
JMJ Homestay
No.1, Jalan Kemat
Taman Tasik merdeka
83000 Batu Pahat, Johor

sila hubungi kawan aku di nombor talian 019-7592150 atau 013-7301616

harga satu hari satu malam (2 petang hingga 12 tengah hari) adalah RM120 termasuk sarapan pagi.. Wow! Sangat murah tu.. nanti korang tanya la sarapan apa.. he

depan rumah ni ada Wet World Batu Pahat.. boleh berjimba-jimba dengan air di situ.. (dulu masa aku kecik-kecik, arwah abah aku selalu gak bawak kami adik beradik berkelah kat Tasik Merdeka tu.. sekarang dah ditransform jadi Wet World).. yuran masuk sangat murah berbanding Sunway Lagoon..

oleh itu.. apa lagi!
Kita tengok apa yang disediakan di homestay tu..









Amacam?



Isnin, 4 Mac 2013

Program hujung minggu di Kuala Nerang, Kedah

Hujung minggu baru ni, aku dan anak-anak ikut CK ke Kampung Semaliang di Kuala Nerang, Kedah. CK ada program komuniti dengan anak-anak muridnya untuk kursus Softskill. Sesekali bergotong-royong bersama orang kampung seronok jugak. Satu kepuasan bila kita dapat membantu orang. Tentatif program pada hari pertama adalah membaik-pulih surau dan dewan orang ramai di kampung tersebut dan mengadakan tahlil pada malamnya.

Kelihatan dalam gambar ialah CK bersama barisan pengurusan atasan Kampung Semaliang dan juga Ketua Program Siswa.. dan diinterframe oleh Atiqah bersama monyet birunya yang diletakkan di atas meja..   Antara ucapan yang aku tidak lupa dan melekat di ingatan.. "Program ini adalah atas daya usaha siswa semata-mata dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak." Maklum la.. sekarang ni bahang pilihanraya kan sangat terasa maka kata-kata haruslah dijaga agar tidak dipolitikkan. (Moga Allah pelihara warga Lahad Datu dan juga anggota keselamatan yang membantu.. Amin)

Acara gotong-royong pun bermula.. bumbung di bangunan dewan akan dibaiki..


Mengecat surau


Bilik Gerakan yang terletak di bawah surau


Pembantu-pembantu cilik.. cuma dibenarkan membantu dengan memegang plastik hitam saja..


Mengecat bahagian luar surau sambil dipantau oleh Atiqah


Acara gotong-royong siap pada pukul 6.30 petang. Makan minum disediakan oleh penduduk kampung. Memang sedap dan sangat-sangat diingati. Terima kasih daun keladi.

Cuba korang bayangkan menu yang telah disajikan kepada kami:

Sarapan pagi - Air kopi, pulut, kelapa, ikan masin
Makan tengahari - Nasi tomato, jelatah, ayam masak merah, dalca, air oren
Minum petang - Mee goreng, air teh, air mineral
Makan malam - Nasi putih, ikan goreng, kari ikan talang masin, sambal belacan, timun, air oren

Kiranya, tidak serik la untuk datang malah berhajat untuk datang lagi... he
(Gambar selepas program tak sempat nak ambil sebab aku balik ke homestay melayan pemegang plastik hitam tidur..)

Kat bawah ni homestay yang aku, Atifah dan Atiqah berserta 8 orang siswi tidur pada malam tu. Lokasi homestay adalah di tengah pekan Kuala Nerang. Bayaran RM200 semalam. CK, Atif dan siswa-siswa tidur di homestay lain yang berdekatan dengan Kampung Semaliang (rumah banglo 3 bilik, ruang tamu yang luas, ruang solat, 2 bilik air, ada mesin basuh, dapur, peti sejuk dan lain-lain. Harga satu hari penginapan ialah RM200 dan jika tetamu lebih dari 10 orang akan dicaj RM5 sekepala. Aku tak sempat nak ambil gambar tapi senang nak cari. In shaa Allah).


 Aktiviti hari kedua adalah menemubual pelancung asing di Padang Besar, Perlis. Maka, bergerak la kita dari Kuala Nerang, Kedah Darul Aman ke Negeri Perlis Indera Kayangan.

Perang bendera di mana-mana (bendera pun pandai berperang)
Lokasi : Bulatan di Ladang Tebu di Chuping, Perlis

 
Pelancung asing yang bakal ditemubual.. kalau korang faham bahasa beliau.. korang memang hebat.. nak kata German tak German.. Jawa tak Jawa.. hahahahaha..
"Cermin mata lebih besar dari muka saya.. jadi tak boleh nak letak atas hidung saya.. rambut pula saya gunting sendiri dengan bantuan kakak saya." ujar si pelancung cilik di bawah.


Padang Besar, Perlis.. kami lepak-lepas di wakaf luar.. hahaha.. tak de misi nak membeli kerana barang agak mahal..

Misi diteruskan ke Wang Kelian, Perlis (sempadan Perlis-Thailand)

Perlis map

Kat bawah ni adalah belacan. Bukan kek coklat tau! Boleh beli secara timbang.. 


Misi utama di Wang Kelian adalah membeli sotong gulung.. sedap..


Aiskrim Thailand


Pelancung asing kedua yang boleh ditemubual. Spek mata berharga RM5 sahaja. Malangnya hilang di dalam tandas awam. Tak de rezeki nak bergaya lagi.


Minum petang di Jitra.. capati, nasi pattaya, kuih muih dan lain-lain.




Alhamdulillah akhirnya kami pulang ke Pulau Pinang dengan selamat.




Related Posts with Thumbnails