Rabu, 23 Januari 2013

Sabtu, 19 Januari 2013

Istimewa Diam

Hmmm.. buat masa ni nak kemaskini blog cuma boleh sembang-sembang je.. nak masukkan gambar tak boleh la pulak.. bila semangat membara nak kongsi ilmu tapi terbatas dek teknologi maka terus merudum perasaan itu.. tetapi kita masih ada pilihan yang lain..
Kita manusia biasa yang tiada daya upaya..
Hanya Allah Maha Berkuasa dan sentiasa la mohon pertolongan dengan Allah. In shaa Allah.
Hari ni kita cuba kongsi beberapa hadis.

Hadrat Mu'az RA telah berkata,
 " Ya Rasulullah, silalah berikan kepadaku sebarang nasihat.""
Maka Baginda Rasulullah SAW bersabda,
 "Beribadatlah kepada Allah dengan perasaan seolah-olah engkau melihatNya dan anggaplah diri kamu sendiri di kalangan mereka yang telah mati. Jika sengkau hendak, aku boleh beritahu satu perkara yang dengannya kau akan dapat kesemua ini."
Selepas bersabda demikian Baginda SAW telah menunjukkan kepada lidahnya sendiri yang berkat.

Telah diriwayatkan daripada Hadrat Sulaiman Alaihissalam bahawa jika berkata-kata adalah perak, maka hal diam adalah emas.

Hadrat Baraa RA berkata bahawa salah seorang Badwi telah mendatangi Baginda SAW lalu berkata,
"Wahai Pesuruh Allah! Ajarkanlah kepada saya sebarang amalan yang akan membawa saya ke dalam syurga."
Baginda SAW menjawab,
"Berilah makanan kepada orang yang lapar; berilah air kepada orang yang dahaga; suruhlah manusia kepada kebaikan dan cegahlah mereka daripada kejahatan; jika tidak boleh berbuat demikian, maka tahanlah lidahmu daripada berkata-kata kecuali kebaikan."

Baginda Rasulullah SAW bersabda, "Jagalah percakapanmu daripada perkataan kecuali yang baik; dengannya kamu akan mendapat kemenangan di atas syaitan."

Daripada beberapa hadis di atas, dapatlah kita faham bahawa masalah lidah ini adalah masalah yang besar sekali. Tetapi kita sangat lalai daripadanya dan kita mengucap apa sahaja yang kita suka sedangkan dua malaikat yang menjaga sebelah kanan dan kiri dari sisi Allah sentiasa hadir dan mencatit tiap-tiap perkara sama ada baik atau buruk.

Moga apa yang kita dengar/baca kita cuba amalkan dan sampaikan kepada yang lain pula.

Wallahualam..

Sumber: Kitab Fadhilat Sedekah (Kelebihan Sedekah) Jilid 1 & 2, Maulana Zakariya Rah.



Sabtu, 12 Januari 2013

Dinosaur

Tipah : Ibu, ingat tak masa kita pegi tengok dinosaur kat jasko hari tu? Jom kita pegi lagi..
Ibu : Dah tak de la.. dinosaur dah balik..
Tipah : Dah balik? Balik kampung ke? Kampung dinosaur kat Kelantan ke Johor?
Ibu : Dia balik Kuala Lumpur..
Tipah : Ooooo.. hari tu kan ada anak dinosaur, ibu dinosaur dengan ayah dinosaur. Mesti anak dinosaur tu dah besar kan, ibu?
Ibu : Ya la kot..
Tipah : Kalau kita jumpa dinosaur tu lagi mesti anak dinosaur tu dah ada adik kan..
Ibu : Tinggi imiginasi kakak.. hmmmm

Khamis, 3 Januari 2013

Sembang-sembang


Assalamualaikum..

Sibuk ke awal-awal tahun Masihi ni? Aku pun macam perasan sibuk sebabnya si kecik Atiqah dah nak masuk 3 tahun.. maknanya dia pun dah kena pakai uniform pergi sekolah.. dengan lain maksud.. bertambah la baju seragam nak digosok pada setiap minggu.. dengan itu ibunya perlu la memakai baju dari fabrik yang tak perlu digosok walaupun baru dikeluarkan dari mesin basuh. He.

Masih lagi dalam angan-angan nak pencen awal. Kesian kat anak-anak. Aku mengaku aku memang sangat tidak mampu untuk membuat kerja tambahan daripada yang aku buat sekarang. Kerja-kerja ofis dan kerja-kerja rumah. Aku memang kagum dengan rakan-rakan yang boleh bekerja sepenuh masa dan menjalankan  perniagaan. Sungguh aku tidak mampu untuk melaksanakannya. Nampak tak? Sebenarnya musuh aku adalah diri aku sendiri. Apa kata survey?

Bila baca surat khabar.. banyak kisah mengenai sambutan tahun baru. Macam-macam ragam. Oleh kerana banyak sangat ragam, maka banyaklah musibah di awal tahun. Sambutan tahun baru biasanya dikaitkan dengan percikan bunga api, mabuk-mabuk dan perkara-perkara yang pada aku sangat la tidak berfaedah juga tidak bermanfaat. Kajian juga ada dibuat yang mana hasilnya adalah jenayah paling tinggi berlaku pada ketika sambutan tahun baru. Apa tindakan kita?

Ada juga yang buat azam sempena tahun baru. Alhamdulillah, kebanyakan berazam untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Aku pun azam tiap hari nak tambah mukasurat Al-Quran yang dibaca. Makanya kena bangun lebih awal dan tidur awal. He.

Apa pun, muhasabah diri itu penting dilakukan selalu dan bukannya di awal tahun saja.
"Peace no war"





2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...