Isnin, 23 April 2012

Sama je..

Situasi 1
Lokasi : Di meja makan

Tipah : Ibu, tengok la adik Atiqah ni. Dia naik atas meja. Kacau kakak nak makan.
Ibu : Kakak, dulu akak masa kecik macam adik pun kakak naik atas meja masa ibu nak makan.
Tipah : Ya ke? Atif pulak, masa dia kecik macam adik, dia naik atas meja tak?
Ibu : Semua sama je masa kecik.
Tipah : Ohhh... ibu pun naik atas meja kacau atuk makan ke?
Ibu : Ya la..
Tipah : Atuk dulu pun naik atas meja gak ke kacau nenek?
Ibu : Dah la kak.. makan je la..

Situasi 2

Tipah : Ibu, kenapa atuk panggil Ayah Su tu Akbar?
Ibu : Ayah Su tu kan anak atuk.
Tipah : Kalau kakak dah tua macam atuk, kakak boleh panggil Ayah Su tu Akbar tak?
Ibu : Mana boleh.. Ayah Su tu kan ayah sedara kakak? Kakak tak paham konsep lagi ni. Aishhh..




Ahad, 22 April 2012

Sejarah Telefon Bimbit

Kita bukan nak belajar pasal asal usul telefon bimbit tau. Cuma nak mengimbau nostalgia aku bersama beberapa telefon bimbit yang pernah berjasa kepada aku. Handphone pertama aku beli tahun 1998 masa  tengah buat master kt UTM. Harganya RM700 termasuk line pre-paid Celcom. Time tu kan rupa paras handphone banyak yang lebar dan panjang. Cam ni la rupanya.. yang mahal antenanya kot.. he.. Brand Nokia.. model apa aku pun tak ingat dah..
 Aku pakai handphone kat atas ni sampai la aku start keje tahun 2000. Itupun setelah ia menemui ajalnya. Aku masih taksub dengan Nokia. Aku pun cari la model lain (model kat atas tu tak de harga masa nak trade-in). Pilih punya pilih dengan bajet yang ciput.. akhirnya handset yang kat bawah ni plak jadi pilihan aku..

Nokia 3310. Memang nostalgia betul la. Aku pun start jadi pelanggan Celcom yang guna talian pasca. Mulai tahun 2002 (tak silap aku), kita dah boleh hantar sms ke talian dari provider lain. Meriah sikit hidup time tu. Boleh taip-taip note lagu untuk kita jadikan ring tone. Gigih la cari note lagu. Haha. Zaman muda ahkak. Oleh kerana penggunaannya agak heavy, maka dia suka nak "hang". Terpaksa aku mencari cinta yang baru. Jeng! Jeng! Jeng!


Nampak tak? Masih Nokia. Peminat fanatik la katakan. Model dah tak ingat tapi ring tonenya makin merdu.. polyphonic.. guna secara heavy juga. Ajalnya sampai apabila ia terendam di dalam beg tangan aku. Macam mana boleh terendam? Bekas air aku terbuka tutupnya lalu tertumpah dan bertakung di dalam beg tangan. Dapat bayangkan tak?  Kiranya mati lemas la. Keadaan memaksa aku untuk mencari kekasih dari bangsa lain pulak.

Time ni dah kahwin so minta pendapat CK la kan. Dia suggest Motorola E7 sebab kengkawan dia ramai yang pakai. Mula-mula pakai agak stress jugak sebab tak familiar sangat dengan fungsi kuncinya. Pada aku Nokia lagi friendly. Lama-lama jadi best dan mendalam juga la cinta aku padanya. Kiranya ini handphone berkamera aku yang pertama (bukan tangan aku yang pegang tau - semua gambar adalah ehsan dari Abang Google). Banyak la gambar dan video yang diambil. Yang paling mahal kenangan bersama E7 ni sebab dia ikut aku pergi haji hari tu. Dapat la aku rakam suara azan di Masjidil Haram. Dia sungguh lasak dan pandai menjaga diri sendiri. Ada 2 anak kecik kan time tu. So kes terlempar dan dilempar adalah biasa. Kadang-kadang hingga terburai isi perut tapi masih boleh digunakan. Agaknya bila badan dah tak tahan dengan asakan dan lemparan, nazak la ia. Cas pun dah tak boleh lagi. Oh.. kritikal dah time tu.. aku plak dah nak kena masuk spital awal sebab dah set appointment untuk keluarkan Atiqah kan. CK pun paksa aku beli yang baru dan aku pun beli la yang lain... 

Sony Ericsson.. lupa model apa. Best gak. Siap ada WiFi. Pas tu menyesal tak terkata biler bil telefon cecah RM300. Hu. Selalu bil aku maksima RM80 je. Berkhidmat dengan aku dari Jun 2010 hingga Ogos 2011. Masih dalam keadaan yang sangat baik.. aku pos pulak pada mak aku sebab handphone dia hilang. Sejak Ogos 2011 hingga sekarang aku guna yang ni pulak..
Yang ni lagi best la kan berbanding kesemua di atas. Alhamdulillah, aksesorinya tak banyak. Cuma earphone dan charger. Sangat ringkas dan mudah penggunaannya. Bagi mengelakkan bil tepon aku jadi mencanak-canak, maka aku pun register la mobile internet. Banyak gak rupanya handphone yang pernah aku miliki. Kiranya bila dah sampai ajal diorang baru aku beralih arah. Tak ada yang dimadukan. He.

Jumaat, 13 April 2012

RAHSIA PIKAT ISTERI

He.. ini adalah vice versa bagi entri Saudara Hamka yang bertajuk "Isteri cantik pun kena cerai?".

Rahsia pikat suami :

"Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.


Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha (ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!"

Ok.. nampak tak ada dua kali tolong kat situ? Kiranya kalau tak mo tolong, jangan salahkan sesiapa andai berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam rumahtangga anda. He.

Kali ni pulak aku nak tolong bagitau gak kat sang suami supaya jangan anggap remeh perkara yang impaknya sangat besar di sisi perempuan :

Pertama : Sekiranya suami sudah kenyang dan  sampai kat rumah isteri dah siap masak (ini kes tak bagi tau tak payah masak ke apa). Bila isteri ajak makan bersama, suami pun kata dah kenyang. Tolong! Makan la sedikit demi menghargai penat lelah isteri memasak dan inginkan pahala lebih menemankan suami makan. Jika tidak, jangan terkejut biler isteri anda merajuk dan berkata "Tak pa, 30 tahun lagi baru saya nak masak". He.

Kedua : Jika suami ingin mengajak isteri bersama, bantu isteri tidurkan anak-anak agar suasana akan jadi cepat aman dan damai. So, si isteri tidak la tension menidurkan anak sorang-sorang yang maner boleh menghilangkan mood si isteri. Makanya haruslah bantu membantu meringankan tugas isteri demi keseronokan bersama.

He. Dalam rumah tangga perlu saling bantu membantu, pikat memikat, tolak ansur, melengkapi dan mengimbangi. InsyaAllah, andai masing-masing tahu peranan sendiri, amanlah rumah tangga.

"Ya Allah Ya Tuhanku
Kau satukanlah hatiku dan hati suamiku
Kau titipkanlah kemesraan di antara kami
agar ianya abadi dan bertemu kembali di Syurga FirdausMu Ya Allah"

Amin..


Selasa, 10 April 2012

OH!

Hambatan kerja buat aku rasa sangat letih. Kerja rumah + kerja opis + kerja sekolah anak (eh?).. terus rancang nak pencen awal.. he.. Aku tak berapa nak setuju umur bersara dinaikkan ke 60 tahun.. hmmmm.. bagi peluang pulak pada generasi muda untuk berkhidmat.. kita yang lama (ha? lama?) ni jadi pemerhati dan penasihat kepada organisasi. He.  Bukan ke bagus kalau kita pencen umur 50 tahun dan kemudian pakat-pakat imarahkan masjid dengan sungguh-sungguh? Banyak masa terluang untuk hadiri majlis ilmu dan fokus pada usaha agama. Berangan memang best. Tak kena bayar tetapi tidak mustahil kan?

Lagi satu kan.. aku rasa hari Jumaat memang patut dijadikan sebagai cuti hujung minggu. Dari pemerhatian aku yang lemah iman ni.. bila kita bekerja hari Jumaat.. sunat-sunat Jumaat agak sukar untuk diamalkan.. contohnya : mandi sunat solat Jumaat, memotong bulu2, mengerat kuku dll. Orang lelaki dok pergi solat dari opis.. yang pompuan pulak biler time rehat agak panjang akan mengunjungi pusat membeli-belah (termasuk aku.. he..). Jeles dengan kengkawan di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Baru-baru ni diumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan kerajaan kan. Barang-barang keperluan mesti naik harga punya pas ni. Seronok biler gaji naik ni dan ramai yang azam nak bersedekah lebih. Tapi biler masa nak isi e-filing tahun depan.. terus terperanjat.. "Eh! Apasal banyak sangat kena cukai ni?" He.

Sebenarnya, aku nak share dengan korang satu perkara. Sekarang ni kan banyak iklan nak tambah pendapatan tambahan, nak settlekan hutang dan macam-macam bentuk jenis usaha yang mendatangkan duit yang mana sesetengah pihak percaya dengan duit kita boleh hidup senang dan bahagia. Di pihak aku pulak, aku sangat yakin kalau korang amalkan baca Surah Al-Waqiah setiap malam + solat Dhuha di siang hari - banyak masalah kewangan kita selesai, jiwa tenang dan tidak terkesan dengan kehendak yang bukan-bukan. Cubalah. InsyaAllah.


Isnin, 2 April 2012

Jalan-jalan Cari Makan

Kali ni kita jalan-jalan cari makan ye dan jangan cari pasal. He. Sesiapa yang teringin @ penggemar daging kambing dalam pelbagai persembahan, boleh cuba di sini. InsyaAllah tidak mengecewakan. Harga pun berpatutan dengan suasana, servis dan makanan yang dihidangkan. Daging kambing beku pun ada dijual. Ramai orang Penang sampai dah kat sini. Aku plak baru pertama kali walaupun dekat je dengan rumah aku. Tu yang nak share dengan anda sekalian. Boleh la dimasukkan sebagai tempat lawatan andai anda ke Pulau Pinang. Lokasi adalah di Kampung Pelet, Bukit Mertajam.

pintu masuk..

menu.. macam-macam ada.. nak seekor kambing panggang pun ada tau..


suami mithali a.k.a penggemar daging kambing.. sambil order sambil pangku anak..


air epal aku.. yang lain tak sempat amik gambar sebab sibuk menghayati pemandangan sekeliling dan apabila makanan sampai je kami terus makan.. time tu kelaparan adalah di tahap maharaja.. Alhamdulillah makanannya marvellous..


fakta mengenai daging kambing.. jangan lupa baca fakta mengenai haiwan yang di hujung kanan sekali.. apa komen anda?


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...