Singgah Jap

Isnin, 31 Oktober 2011

Jalan-jalan Singgah Makan

Baru-baru ini aku sekeluarga pergi ke Tanjung Dawai dan singgah makan tengahari di Sungai Petani. Buat warga Johor yang menetap di utara tanah air dan sekiranya anda rindu akan Nasi Beriyani Gam Johor, boleh la terjah kedai ini.


Alamat surat menyurat aku tak pasti. Lokasi bangunan adalah berdekatan dengan Euromoda dan Gullati's di bandar Sungai Petani, Kedah.

 Menu yang ada.. nasi beriyani ayam, daging, kambing, ayam kampung dan banyak lagi.

Nasi beriyani kambing. Harga satu set RM8.90.

Ok.. jom baca doa makan. Makan sewaktu lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kunyahan perlu 40 kali.
Alhamdulillah.

Khamis, 27 Oktober 2011

Adab Usul

Barrakallahufikum..

Empat perkara diperbanyakkan:
1-Dakwah
2-Taklim wa taklum
3-Ibadat
4-Khidmat

Empat perkara dikurangkan:
1-Masa makan dan minum
2-Masa tidur dan rehat
3-Masa di luar masjid
4-Cakap sia-sia

Empat perkara ditinggalkan:
1-Jangan harap pada makhluk
2-Jangan minta pada makhluk
3-Jangan membazir
4-Jangan guna barang tanpa izin

Empat perkara jangan disentuh:
1-Isu semasa dan politik
2-Mazhab dan masalah khilafiah
3-Pangkat dan keturunan.
4-Minta Derma.


Adab usul untuk diri sendiri masing-masing. Insya-Allah, semua ini boleh dapat bila keluar di jalan Allah SWT. Kalau setakat baca-baca je kat sini takde mujahadah maka susah lah nak datangkan perkara-perkara tu. Benda tinggiii kena mujahadah lah kan.


Aku pun tak dapat-dapat lagi!!


Tuan2 tolong doakan aku dan CK, kena keluar lagi dan lagi.


copy paste dari blog adik Ziarah76. Moga ada manfaat untuk diri aku dan seluruh umat.


Isnin, 24 Oktober 2011

Raja

Zaman-zaman dulu kita baca buku cerita rakyat selalu ada watak raja yang adil, raja yang kejam dan rakyat yang sangat menghormati rajanya. Raja pun selalu bagi hadiah berkahwin dengan puterinya andai rakyat dapat menyelesaikan masalah negara. Perdana Menteri pula bertindak sebagai penasihat yang sangat dipercayai oleh raja. Zaman sekarang?

 

Rabu, 5 Oktober 2011

MASA


Hargailah masa anda dengan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana masa semakin pantas berlari..


Selasa, 4 Oktober 2011

Doa buat Adik Amni Qistina

Saya terima sms dari Jeeha (kawan satu pejabat) pukul 6.42 pagi tadi….

“Salam.. saya amat mengharapkan doa dari kalian… keadaan Amni Qistina tenat… Oksigen yang diberikan dah tak dapat membantu pernafasannya… Dia tak mampu bernafas sendiri.. Dr berikan bantuan pernafasan melalui tiub yang dimasukkan kedalam mulut… Dr pindahkan dia ke PICU (peadiatic ICU) Hosp.P.Pinang jam 11.45 mlm tadi…."

Ya Allah… mari lah kita bersama-sama doakan untuk Adik Amni Qistina..

Tiada kata yang saya dapat ungkapkan ketika menerima sms dari kawan saya ini.... sebak... sedih...

Hanya saya mampu memohon agar semua rakan2 mendoakan agar anak kecil itu kembali sihat... aminnn....

p/s : copy paste dari blog Normi.

Isnin, 3 Oktober 2011

Pendidikan Solat

Agama kita menganjurkan supaya anak-anak dididik mengerjakan solat atau sembahyang sejak berusia tujuh tahun lagi. Anjuran ini terkandung dalam sepotong hadis Nabi SAW:

"Suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak solat)".

Suruhan dan latihan melaksanakan solat serta ibadah-ibadah lain seperti berpuasa, akan membiasakan anak-anak untuk mudah mentaati titah perintah Allah SWT.

Kebiasaan mereka mematuhi suruhan Allah SWT dan Rasulullah SAW akan dapat mempersiapkan individu kanak-kanak tersebut menghadapi alam kedewasaan dengan penuh yakin dan bersemangat.

"Anak-anak yang mendapat didikan beribadat di peringkat asas ini akan memiliki kesihatan jasmani, kemuliaan akhlak dan berperwatakan yang disukai ramai".

Sumber dari buku "Indahnya Hidup Bersyariat" susunan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid


Buku ini merupakan modul fardhu ain untuk diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Boleh didapati di semua kedai buku. Jom!

Related Posts with Thumbnails