Jumaat, 30 September 2011

Rileks sekejap..



Badan dan minda masih letih kesan dari kursus Coaching & Mentoring tempoh hari. Banyak ilmu yang ingin dikongsikan bersama. Nanti la ya. Lusa nak kena baca taklim. Lepas sesi taklim baru boleh rileks.  



Khamis, 29 September 2011

Dilarang Meniru


Salah satu idea bernas untuk membenteras gejala meniru sewaktu peperiksaan.

Sabtu, 24 September 2011

Jumaat, 23 September 2011

Frust!

Aku kecewa apabila aku bertanya kepada pelajarku dan mereka gagal menjawab apa yang telah dipelajari. Rupanya aku lebih kecewa apabila aku bertanya kepada pelajar lelaki waktu-waktu solat hari ini dan mereka menjawab dengan garuan kepala! Allahu Akbar!


Khamis, 22 September 2011

Betul ke?

Semalam aku bersembang dengan seorang kawan lama yang terpisah dan bertemu semula di alam maya. Zaman-zaman belajar dulu aku kurang membidas akan pandangan yang beliau lontarkan. Mungkin kerana tidak mahu meninggikan suara apabila pendapat kami bercanggah. Namun apabila di alam maya, hanya bacaan tulisan saja mewakili diriku yang mana terpulang kepada penafsiran si pembaca sama ada aku sedang di kemuncak kemarahan atau masih lagi 'cool'.

Mula-mula terbaca kenyataan beliau aku berasa geram juga tetapi kemudian aku berasa kasihan kepada empunya diri.  Satu kenyataan yang dikeluarkan beliau dengan penuh yakin yang membuatkan aku berasa beliau sedang mengalami peperangan jiwa.

"Only engineering people can do job well".

Kenyataan di atas pada pandangan aku menafikan fungsi insan lain. Ilmu yang kita ada semuanya ilmu Allah Taala. So, no need to be proud of yourself, bro!

Jom makan!

Selasa, 20 September 2011

Ujian Siaran

Cuba try test uji.
- masih dalam keciwian


Anak sulung

Daripada kajian pemerhatian aku secara rambang, aku dapati anak sulung dalam keluarga sebenarnya lebih manja dan lebih rapat dengan ibubapanya berbanding anak-anak lain. Mungkin kerana anak sulung adalah anak yang paling dinantikan kehadirannya. Ibu bapa juga lebih teruja menyediakan keperluan untuk anak sulung. Manakala adik-adik pula boleh ulang pakai barangan si sulung dan cuma sedikit tambahan baju baru untuk meraikan setiap kelahiran ahli baru. Itu pandangan peribadi aku. 

Baru-baru ni aku buat jemput-jemput kentang + bawang + ikan bilis. Adunan adalah satu besen kecil. Untuk gorengan yang pertama, anak-anak dok tunggu tepi kuali dengan pinggan. Agak-agak warna jemput-jemput tu dah coklat, maka ianya sudah boleh diangkat dan siap untuk dimakan. Kemudian aku masukkan gorengan kedua. Sambil menunggu gorengan kedua masak, kami menikmati hasil jemput-jemput gorengan pertama tadi. Agak sedikit terleka dengan kesedapan jemput-jemput tadi, maka terlupa sekejap dengan gorengan kedua tadi. Makanya, hasil gorengan kedua agak gelap warnanya. Hehehe. Namun sedap juga bila dimakan.

Anda sekalian nampakkah kesinambungan cerita anak sulung dan jemput-jemputku tadi? Fikir-fikirkan..


Rabu, 14 September 2011

Musim Haji 1432H

Alhamdulillah.. dengar-dengarnya penerbangan pertama jemaah haji musim ini (1432H)akan berlepas pada 29September2011 ini.. Moga Allah mempermudahkan segala urusan bakal tetamuNya dan pihak kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk meminta kuota tambahan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan fardhu haji pada tahun ini. InsyaAllah.

Pesan aku kepada bakal jemaah haji.. penggantungan diri hanyalah semata-mata kepada Allah saja dan jangan mengharapkan mahram atau orang lain untuk menemani dan menguruskan diri kita. Yakin sungguh-sungguh dengan Allah. Jangan sibuk membeli belah (cewah!). Andai mahu membeli barang, niatkan sedekah kepada peniaga tersebut. Rebut peluang sementara berada di sana. Pahala yang berganda Allah janjikan.

Akhir kata.. jangan lupa doakan aku di sini. Muah.

Angry Birds






Selasa, 6 September 2011

Something Is Better Than Nothing


p/s: sumber utama gambar tak dapat dikenalpasti.. tapi yang pastinya.. ini salah satu inovasi dan kreativiti.

Isnin, 5 September 2011

Salam Aidil Fitri 1432H

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Moga lebaran kali ini memberi makna yang cukup membekas di hati kalian. Di pihak aku pula, Syawal kali ini diraikan di Kelantan dan rutin berhari raya diubah. Apa pun, aku tetap gembira kerana masih berpeluang untuk meraikannya walaupun persiapan adalah sangat sederhana. Di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf atas kekhilafan perkataan maupun perbuatan.

Andai ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Andai ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

Buai laju-laju
Sampai cucur atap
Cantiknya hang punya baju
Harap buangkan rasa sentap

Aidil Fitri hari mulia
Semua insan bergembira
Bermaafan perbuatan mulia
Semua insan akan gembira

Go!






2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...