Singgah Jap

Isnin, 22 Ogos 2011

TIDAK!



Kadang-kadang kita perlu mengatakan "TIDAK" andai tidak mampu untuk melunasi tugasan yang di luar bidang kemahiran kita.

Sebagai contoh, aku diminta untuk menggubal soalan sebanyak 2 set (1 set = 25 soalan objektif + 3 soalan esei) bagi kursus yang tidak pernah aku ajari. Sebelum mengatakan "TIDAK", aku mohon sungguh-sungguh petunjuk Allah agar diberi kekuatan dan kelapangan fikiran serta curahan idea bagi menghasilkan soalan-soalan yang menepati sukatan pelajaran. Setelah berhempas pulas, hanya satu set sahaja berjaya disiapkan dan aku memohon maaf kerana tidak mampu untuk menyiapkan satu set lagi.

Maaf ya Puan KP dan Puan Penyelaras Peperiksaan..



Ahad, 14 Ogos 2011

Salam petang 14 Ramadhan.. Alhamdulillah.. Rasa seronok dapat berpuasa sehingga hari ini.. Mudahan Allah beri kita semua kekuatan dalam mengejar keberkatan Ramadhan. InsyaAllah.

Dalam pada itu juga, aku berkesempatan meninjau-ninjau status kawan-kawan di Facebook. Aku tumpang seronok apabila melihat mereka dapat menyediakan sendiri juadah berbuka puasa sepenuh meja untuk keluarga, mula menjahit sarung kusyen, baju, langsir, membuat biskut dan berbagai persiapan untuk hari raya. Status aku pulak? Aku masih lagi di fasa yang mengemas di sini berserak di sana, mengemas di sana berserak di sini. Cuma hari ini aku berpeluang membuat muffin coklat untuk keluarga dan untuk membalas bekas jiran tetangga. Persiapan hari raya aku ala kadar saja. Biasanya aku membeli sebelum berpuasa kerana aku kurang gemar berbelanja dalam keadaan bersesak dengan orang ramai. Sebab tu la sampai sekarang ini aku tak berpeluang ke "Jom Heboh".  Hehehe..

So.. raya anda sekalian macam maner kali ni? Aku pulak raya kali ni bakal melakar sejarah dalam hidup aku yang mana tidak pulang berhari raya di Johor.. uwwwwaaaaaaaa!!!! Sebabnya bonda aku ingin menunaikan umrah bermula pada penghujung Ramadhan hingga la hari raya nanti. Maka kami adik beradik berpakat untuk berkumpul 2 hari sebelum tarikh penerbangan bonda kami. Selepas itu masing-masing bergerak ke rumah mertua masing-masing. 

Moga Allah kurniakan bonda kami kesihatan yang baik dan kekuatan untuk beribadah serta dipelihara dalam semua keadaan. Aku dah mula merasa rindu dengan bondaku. Teringin nak menjejakkan kaki lagi ke Tanah Suci. Aku azam nak bawa anak-anak sekali untuk ke sana. InsyaAllah.

Wassalam.



Khamis, 4 Ogos 2011

Amanah Allah

Aku sungguh kagum dengan ibu Yasmin Nabila dan mama Rayyan Ariff. Sungguh mereka menjaga amanah Allah dengan baik sekali. Moga Allah merahmati mereka sekeluarga. Amin.

Selasa, 2 Ogos 2011

Adorable Babies

Mari kita layan gambar-gambar baby di dalam aksi yang sungguh comel..







Dan ini pulak adalah my beloved babies.. interframe sikit..




Related Posts with Thumbnails