Singgah Jap

Sabtu, 30 Julai 2011

Mari Berpuasa

Niat Berpuasa di Bulan Ramadhan




Niat Berbuka Puasa


Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa




Jumaat, 29 Julai 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Alhamdulillah.. InsyaAllah Ramadhan bakal datang lagi untuk kita rebut kelebihan dan keberkatannya. Moga Allah terima amalan kita. Di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata maupun perbuatan selama kita berjumpa di alam maya ini. Amin.

KELEBIHAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Berdasarkan himpunan hadith sahih beserta kalam yang dipetik dari Al-Quran, dapat disimpulkan bahawa di antara kelebihan Ramadhan Al-Mubarak:

1. Di dalamnya terdapat Lailatul Qadar yakni malam yang diturunkan Al-Quran.

2. Lailatul Qadar juga yang lebih baik dari seribu bulan. Inilah yang termaktub di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran ini pada malam Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar
(Al-Qadr: 1-5)

3. Bulan yang dibuka pintu syurga. Di dalam hadith yang lain: “Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang dinamakan ‘pintu Rayyan’, ertinya; orang yang sudah kenyang kerana minum, iaitu pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti…”

4. Bulan yang ditutup pintu neraka.

5. Bulan yang syaitan-syaitan dibelenggu.


6. Bulan keampunan, berdasarkah hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, Hasan Sahih menurut Al-Albani.

7. Melaksanakan umrah di dalam bulan Ramadhan bersamaan dengan pahala mengerjakan haji, berdasarkan hadith riwayat Al-Bukhari.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Wallahu'alam.


Khamis, 21 Julai 2011

Duit

Di suatu malam yang hening, ketika si ibu dan si anak daranya menonton televisyen sambil melipat kain. 


Tipah : Ibu.. ibu.. ibu nak tak jajan tu?


Ibu : Nak la.. nak 3.. boleh ke?


Tipah : Boleh.. nanti Tipah belikan.. tapi Tipah tak da duit..


Ibu : La.. kalau Tipah tak ada duit macam mana Tipah nak belikan ibu jajan tu?


Tipah : Nanti Tipah belikan pakai duit ibu tau!


Ibu : Pulakkkk... 

Khamis, 7 Julai 2011

Teknik Menulis Buku

Alhamdulillah.. baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti satu bengkel penulisan yang dikendalikan oleh pihak PTS Publication di PSP aku yang indah permai ini. Pengurus operasi PTS menerangkan serba sedikit mengenai aktiviti PTS dan juga jenis-jenis buku yang mereka terbitkan. Sekiranya anda berminat untuk menulis buku dan meminta pihak PTS menerbitkannya, anda perlu menghantar cadangan dan bukannya manuskrip. Pihak PTS akan memberi maklum balas terhadap cadangan anda sebelum tindakan lanjut dibuat.


Editornya pula memberi peluang kepada kami memikirkan satu tajuk buku yang ingin kami hasilkan. Borang diedarkan yang mana tajuk buku perlu ditulis beserta sedikit isi cerita yang menggambarkan kandungan buku tersebut. Editor tersebut mengulas beberapa tajuk yang telah dihantar dan beliau turut memberi pandangan dari sisi lain pula. 


Sesi yang paling aku cukup teruja apabila dua orang jurulatih PTS merangkap penulis buku memberikan tunjuk ajar mereka cara-cara untuk menghasilkan dua tiga buah buku dalam satu masa. Pihak PTS menerbitkan buku-buku berbahasa Melayu Tinggi sahaja. Bahasa Melayu Tinggi adalah bahasa yang difahami oleh negara-negara di rantau Asia. Misi syarikat adalah untuk memandaikan bangsa dan buku yang dihasilkan mestilah mengikut syariat. Setiap penulis pula adalah bertanggungjawab ke atas tulisan yang dihasilkan. 


Teknik yang diajar oleh jurulatih tersebut ialah "KJ method" dalam menghasilkan buku yang berkualiti. Caranya ialah:
1. Ambil sekeping kertas bersaiz A4.
2. Bahagikan kepada 8 bahagian kecil (lipat kertas 8 bahagian dan digunting).
3. Pada kertas kecil yang pertama hendaklah dituliskan tajuk buku yang hendak dihasilkan (sebelum pemurnian)
4. Manakala setiap satu idea perlu ditulis di atas satu kertas kecil yang lain.
5. Setelah mendapat beberapa idea, kategorikan idea tersebut mengikut kumpulan yang sama. Satu kumpulan mewakili satu bab dalam buku yang hendak dihasilkan.
6. Seterusnya, anda boleh meneruskan penulisan anda dengan menghuraikan setiap idea yang telah diperolehi sebelum ini dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
7. Anda juga boleh berkongsi dengan beberapa orang rakan dan meminta mereka menyumbangkan idea.  
8. Hantar cadangan penuh anda mengenai buku yang hendak anda tuliskan kepada pihak PTS.
9. Setelah mendapat maklumbalas yang positif, anda boleh menghantar manuskrip kepada pihak PTS untuk diedit.


Apa yang membuatkan aku bermotivasi untuk menghasilkan buku ialah hasil pendapatan yang diperolehi bukan daripada hasil jualan buku tersebut semata-mata tetapi ianya boleh bercabang kepada 24 hasil yang lain. Contohnya seperti buku tersebut mungkin diadaptasi untuk difilemkan atau diterjemahkan ke bahasa lain dan boleh menembusi pasaran antarabangsa. 


InsyaAllah. Mudahan Allah meredhai segala tindak tanduk kita. Sebelum penulisan dimulakan, solatlah dua rakaat dan mohonlah kepada Allah petunjuk dan ilham yangg mencurah. Semoga ilmu yang hendak disebarkan melalui penulisan digunapakai oleh ramai dan dimanfaatkan. 



Selamat mencuba!


Related Posts with Thumbnails