Singgah Jap

Sabtu, 28 Mei 2011

Mari Belajar Matematik

Anda berminat untuk belajar Matematik Perniagaan? Matematik ini digunapakai untuk kegunaan kita seharian seperti mengira pinjaman kenderaan, rumah, simpanan di bank, annuiti, kos pengangkutan, umpukan, kalkulus dan banyak lagi. Apa lagi.. marilah kita rujuk dan beli buku yang telah dikarang oleh 2 orang kawan aku bersama-sama aku dan diterbitkan oleh Oxford Fajar. Hehe..

Alhamdulillah.. setelah berhempas pulas lebih kurang setahun maka siap la sebuah buku yang bertajuk "Business Mathematics". Taraaaaaaaaaaa!!!!


Buku ini sangat sesuai untuk kegunaan mereka yang mengambil subjek ini di semua politeknik Malaysia. Subjek ini merupakan subjek teras bagi semua pelajar jurusan Perdagangan. Oleh itu pensyarah berkenaan bolehlah mengguna pakai untuk dijadikan rujukan dan teks dalam kelas.

InsyaAllah boleh didapati di semua kedai buku. Jom kita tambahkan lagi ianya di rak buku rujukan di rumah kita. Yok!

Jumaat, 27 Mei 2011

Nabi mengajarkan doa (Bebas dari hutang)

Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih, lantas Rasulullah S.A.W bertemu dan bertanya kepadanya: "Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?"

Lantas sahabat tadi menjawab: "Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas bahuku."

"Apa dia?" tanya Rasulullah.

"Hutang yang membelenggu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku."

Lantas Baginda S.A.W bertanya: "Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu akan diangkat oleh Allah S.W.T, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?"

"Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, apakah amalan itu ya Rasulullah?"

Lantas Baginda mengajarkan sepotong doa. "Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, InsyaAllah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan Allah S.W.T; setebal manapun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah S.W.T."

Image result for doa bebas hutang

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sifat sedih dan dukacita.

Aku berlindung kepadaMu ya Allah, dari sifat lemah dan malas,

Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah, dari sifat penakut dan bakhil

Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan (oleh orang lain)."



Rabu, 25 Mei 2011

Short Neurological Test

Do you think you can do it?
Have a go and see……… prove to yourself that you still have your mind intact and not losing it….


See what you say…….



1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.

    OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
    OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
    OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
    OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
    OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
    OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
    OOOOOOOOOOOOOOOOOOO COOOOOOOOOOO
    OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
    OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
    OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
    OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO




2- If you already found the C, now find the 6 below.


    99999999999999 99999999999 999999999999
    99999999999999 99999999999 999999999999
    99999999999999 99999999999 999999999999
    69999999999999 99999999999 999999999999
    99999999999999 99999999999 999999999999
    99999999999999 99999999999 999999999999




3 - Now find the N below. It's a little more difficult.

     MMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMNMM
     MMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMM
     MMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMM
     MMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMM
     MMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMM




This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you're far from having a close relationship with Alzheimer.




Congratulations!

Moral : Allah bagi nikmat penglihatan dan akal yang tajam. Manfaatkan dengan bijak serta sentiasa mensyukuri nikmat Allah dalam apa jua bentuk dan keadaan. InsyaAllah.

Jumaat, 20 Mei 2011

Adab Makan

Adab Sebelum Makan
1. Hendaklah berpakaian bersih.
2. Basuh tangan.
3. Duduk dengan tertib.
4. Membaca doa "Ya Allah! Berkatkanlah kepada kami rezeki yang engkau berikan kepada kami dan peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka".


Adab Semasa Makan
1. Gunakan tangan kanan.
2. Ambil makanan yang hampir.
3. Utamakan orang yang lebih tua.
4. Jangan gelojoh semasa makan.


Adab Selepas Makan
1. Basuh tangan dengan bersih.
2. Baca doa selepas makan "Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami dari kalangan orang-orang Islam".
3. Kemaskan tempat makan.
4. Buang sisa makanan ke dalam tong sampah.




Rabu, 18 Mei 2011

Adab Mandi

1. Membaca "Bismillah" dan berdoa "Ya Allah, aku memohon perlindungan daripada syaitan jantan dan betina". "Allahumma inni a'uzubika minalkhubusi walkhabaith".
2. Masuk ke tandas dengan kaki kiri.
3. Memakai kain basahan ketika mandi.
4. Mendahulukan air pada bahagian kanan badan.
5. Mandi di tempat yang tertutup.
6. Mengelap badan dengan tuala yang bersih.
7. Keluar tandas dengan kaki kanan dan berdoa "Segala puji bagiMu Ya Allah yang telah menghilangkan daripada aku kesakitan dan sihatkanku." "Alhamdulillahillazi azhaba 'annilaza wa'afani".





Sabtu, 14 Mei 2011

Nabi mengajarkan doa

Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih, lantas Rasulullah S.A.W bertemu dan bertanya kepadanya: "Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?"

Lantas sahabat tadi menjawab: "Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku."

"Apa dia?" tanya Rasulullah.

"Hutang yang membelenggu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku."

Lantas baginda S.A.W bertanya: "Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan yang jika kau amalkan nescaya segala kesediahn, segala kedukaanmu akan diangkat oleh Allah S.W.T, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?"

"Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, apakah amalan itu ya Rasulullah?"

Lantas baginda mengajarkan sepotong doa. "Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, InsyaAllah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan Allah S.W.T; setebal manapun kedukaanmy, akan dilenyapkan oleh Allah S.W.T."

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sifat sedih dan dukacita.
Aku berlindung kepadaMu ya Allah, dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah, dari sifat penakut dan bakhil
Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan (oleh orang lain)."



Jumaat, 13 Mei 2011

Homestay Di Seberang Jaya, Pulau Pinang

Kalau anda sekalian ingin berkunjung ke Pulau Pinang, bolehlah menginap di apartment 3 bilik milik kawan aku ni.. memang selesa + cantik mata memandang.. terletak di Seberang Jaya.. banyak kemudahan di sekitarnya.. dekat dengan Politeknik Seberang Perai.. dengan UiTM Pulau Pinang.. dengan banyak shopping complexes.. Jusco, Carrefour, Billion, Sunway Pyramid, Tesco dll.. try la contact empunya tokey.. D'Hana Homestay.. dan bolehlah tengok bunga yang aku dan MissDieba bagi sempena pelancaran homestay beliau.. ngeh ngeh ngeh.. (interframe sikit).

ni la bunganya.. kalau korang tengok ada bunga ni kat umah tu.. kira sah la itu D'Hana Homestay..


ni plak salah sorang pemberi bunga tu.. motivasi untuk Cik Hana..


Khamis, 12 Mei 2011

Pening Sat!

Jap jap.. sebenarnya bahasa apakah yang hendak digunapakai dalam menyampaikan kuliah di politeknik? Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris?

Di awal penubuhan politeknik, kuliah disampaikan sepenuhnya di dalam Bahasa Malaysia dan sejak 2008 pula kuliah perlu disampaikan sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris.

Sekarang ini kerajaan mahu memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris selepas PPSMI (pengajaran & pembelajaran sains matematik dalam Bahasa Inggeris) dimansuhkan dan ketika ini pula apabila dilihat Bahasa Malaysia telah 'diperkosa' maka ianya perlu dimartabatkan dengan bersungguh-sungguh. Kiranya acara peringkat antarabangsa yang diadakan di Malaysia pun akan diterajui dalam Bahasa Malaysia.

Maka... apakah nasib kami? Uwwwaaaaaaaaaaa!!!!!!!!! Kesiankan............. (sebenarnya aku sangat suka andai Bahasa Malaysia digunapakai sebagai bahasa perantaraan dalam menyampaikan kuliah walaupun aku ni anak md.salih (nama bapak aku).. hehehehe).

Mudahan nasib anak bangsaku akan terbela!! 


Hari Ibu

Kejadian petang Sabtu, 7Mei 2011.

Atif : Kenapa semua cerita pasal Hari Ibu? Bila Hari Ibu tu ibu?
Ibu : Besok, Ahad 8 Mei 2011.
Atif : Ala.. ye ke? Atif tak de duit nak bagi ibu hadiah.
Ibu : Atif bagi hadiah dengar cakap ibu ayah cikgu dan solat 5 waktu. Ok tak?
Atif : Ok.. (sambil senyum-senyum)


Ibu : (berkata dalam hati je ni... kalau ibu nak ni boleh tak? acah aje.. hehehe)


Rabu, 11 Mei 2011

Atiqah @ 7 months


masa ni boleh tolong ibu mop lantai.. sekarang dah boleh cruising @ 10 months. Alhamdulillah..

Selasa, 10 Mei 2011

Peraturan Hospital


p/s : yang dianakpanahkan tu adalah yang paling penting.. hehehe

Isnin, 9 Mei 2011

Kisah Seorang Pelupa

Ada seorang lelaki yang kuat pelupanya. Dipesan sekali, mula-mula ingat, kemudian lupa. Dalam sehari, ada sahaja perkara yang dia lupa. Dia sedar, kini lupa menjadi 'penyakit' dalam dirinya. Sedangkan banyak kesusahan dan yang dihadapi dengan adanya 'penyakit' lupa itu seperti terlupa temujanji, terlupa di mana diletakkan barangan, terlupa wang dan sebagainya. Mujurlah dia tidak pernah lupa sembahyang, isteri dan anak-anaknya.

Akhirnya dia pergi berjumpa dengan seorang alim ulama bagi membantu dirinya menyelesaikan masalah ini. Alim ulama tersebut berpesan:

1. Jangan lupa hutang piutang dan harta benda orang lain yang ada pada kita. Pulangkan dengan segera.

2. Selalu beristighfar dan solat taubat.


3. Buatkan catatan harian berkaitan apa yang hendak dilakukan. Contohnya temujanji, senarai barang yang hendak dibeli dan sebagainya.


4. Selalu ingat Allah dalam keadaan sedar. Jangan berzikir dalam keadaan lalai, contohnya lidah menyebut Subhanallah tetapi hati langsung tidak merasai kehebatan Allah.


5. Elakkan sama sekali makan daripada sumber yang haram dan syubhah seperti waswas atau meragukan.

6. Sentiasa solat dalam keadaan khusyuk dan sedar.


7. Jadikan hari kiamat sebagai peringatan. Setiap satu perbuatan kita dihitung, oleh itu kita wajib beringat dan sentiasa berhati-hati dalam setiap detik kehidupan.

Lelaki tersebut cuba mengamalkan satu persatu pertua yang diberikan. Alhamdulillah, penyakit lupanya mula sembuh dan kini dia menjadi seorang yang pengingat.    


Sumber : Dari buku "Petua membantu anak berjaya".


Sabtu, 7 Mei 2011

BOTOL SUSU

Tajuk kita kali ini adalah botol susu (ye la.. asyik-asyik Kak Limah je jadi isu).

Tajuk ni adalah bersempena dengan langkah yang dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk menghapuskan/mengharamkan penggunaan botol susu yang diperbuat daripada polikarbonat. Sebagai ibu bapakan kita kena prihatin akan keperluan anak-anak. Dah la cikgu kena bantu pantau obesiti anak-anak sebab kerajaan kata ada ibu bapa yang tak tau pemakanan anak-anaknya. Sian cikgu. Cikgu pun ada anak gak. Kira cikgu lain tolong pantaukan la.

Berbalik tajuk kita tadi, aku dah bertindak pantas (sejak 2007 lagi) dengan menukar botol susu polikarbonat kepada BPA free. Sebelum ni, cap yang mahal-mahal je ada botol BPA free ni. Tapi sekarang boleh dikatakan kesemua brand untuk barangan bayi dah ada botol BPA Free ni. Korang sebut je apa dia.. OK Baby.. Pureeen.. Baby Kiko.. Tollyjoy.. 

Ok.. dah senaraikan nama brand tu.. korang tau tak apanya BPA Free tu? Kenapa tak boleh guna yang ada polikarbonat tu? (Politeknik tak pa la..) Jom baca..

 
 
 


Sebelum ni aku beli botol susu sekali dengan pam susu untuk buat stok susu ibuku kepada anak-anakku. Aku beli online kt www.momslittleones.com. Kat kedai ni botol susu dia semua dah BPA Free. Kalau korang nak yang kaca pun ada. Aku ada beli gak. Praktikal jugak penggunaannya. Nak bersihkan pun senang. Tahan lama dan tahan panas (kalau tak pecah). Cuma pas anak kita minum make sure terus ambil dari diorang sebelum diorang lempaq buang sampai berderai. Huhuhu.. tu antara kelemahan botol kaca. (Biasa la kan.. semua yang makhluk buat tu adalah tidak sempurna.. hanya Allah saja yang Maha Sempurna).

Lain tips dalam pemilihan botol susu anak-anak ni.. aku suka beli yang tanda arasnya timbul so bila kita basuh banyak kali pun tanda tu tak hilang berbanding dengan tanda yang ditampal. Kalau botol cap "Tupperware".. basuh bebebebeberapa kali tanda aras tu hilang tapi yang bestnya kita boleh tukar dengan yang baru.. kalau korang ada guna brand ni.. kumpul dan pegi la tukar kat stokisnya.. InsyaAllah boleh dapat yang baru dengan percuma. 

So.. pas ni boleh la pegi survey kat mana-mana tempat yang ada jual botol susu. Pilihan di tangan anda. Walaupun susu ibu adalah yang terbaik buat anak anda.. kadang-kadang susu ibu tu perlu gak diberi melalui botol kalau si ibu keluar bekerja. 

Lupa plak.. dah beli botol kena la beli putingnya. Walaupun kat plastik tu beri amaran "Penggunaan puting susu boleh mengganggu penyusuan susu ibu".. aku tetap membelinya. Aku suka beli cap Pigeon yang cutting 'Y' sebab kalau botol tergolek susu tak tumpah.. kira anti-kolik la..  

Puting susu ni ada dua jenis.. satu dibuat dari getah dan satu lagi dari silikon. Getah biasanya berwarna oren dan silikon berwarna putih. Aku suka silikon sebab lebih tahan lama berbanding getah. Korang kena rajin basuh puting gak kalau nak jangka hayat dan rupa parasnya tahan lebih lama. Yang getah lebih lembut dan katanya lebih mirip kepada yang asli (faham?) berbanding silikon.

Puting susu ni pun ada banyak saiz.. S, M dan L. Saiz tu adalah merujuk kepada saiz lubang puting. Biasanya baby baru lahir guna puting saiz S sebab diorang tak berapa reti nak sedut dan minum pun tak berapa banyak. So aliran susu tu agak terkawal ikut kadar sedutan si bayi.

Cukup dah kot.. next time kita sembang pasal susu formula plak. Kiranya ibu bapa memang sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Begitu juga dengan ibubapa kita. Jangan lupa doakan mereka setiap hari. Berkat hidup tau! Redha Allah adalah bergantung kepada redha ibubapa kepada kita. Fikir fikirkan. Chow!
 

Jumaat, 6 Mei 2011

Kak Limah @ 999

 Situasi - Sedang menonton rancangan 999 di TV3

Tipah : Ibu, kenapa polis tangkap kakak-kakak tu?
Ibu : Sebab kakak-kakak tu pakai seluar pendek dan baju tak de lengan.
Tipah : Ooooo.. Baju kakak tu seksikan. Orang pompuan pakai seluar pendek tu jahat la eh sebab tu polis tangkap. Orang pompuan baik  pakai seluar panjangkan?
Ibu : Bukan jahat.. kan tak elok.. orang Islam mana boleh pakai macam tu.. Allah tak suka.
Tipah : Ibu.. rambut kakak tu macam Kak Limah la.. dia tak sikat rambut..
Ibu : (Hmmmmm.... Ibu bako gak Kak Limah ni..)


Related Posts with Thumbnails