Khamis, 31 Mac 2011

Didik Anak Berdikari

"Apabila kuberikan ikan, maka sekali makan ikan habis.
Maka kuberikan pancing dan kuajarkan memancing ikan, seumur hidup anakku tidak keputusan ikan."

Moral : Keputusan ikan biler ikan sudah habis untuk dipancing atau pemancing sudah habis nafas. Semuanya dengan izin Allah jua.

Rabu, 30 Mac 2011

Konvokesyen PSP Kali Ke 11

Alhamdulillah dan Tahniah kepada para graduan PSP serta ibubapa terutama pensyarah-pensyarah mereka (up sikit.. hehe). Usaha anda semua sudah berbalas dan berbaloi.

Masa aku konvo dulu.. rasa cam bangga je sebab dapat naik pentas amik scroll.. 3 kali gak konvo.. agaknya konvo kali ke4 adalah untuk menerima scroll PHD plak... amin.. teringin nak belajar semula tapi belum ada kekuatan luaran dan dalaman. Mohon Allah izinkan suatu hari nanti. InsyaAllah.

Oh ya.. masa kita jadi graduan.. rasa sangat gembira.. semua orang tumpang seronok dengan kejayaan kita.. kiranya tak tau penat lelah si penganjur. Biler aku dan kengkawan terlibat sebagai penganjur.. baru la tau betapa susahnya hendak menggembirakan di samping meraikan orang ramai. Namun Alhamdulillah dan syukur tidak terhingga di atas keizinanNya. Semua berjalan dengan lancar.

Untuk konvo kali ni, aku ditugaskan sebagai penyambut tetamu dan patung chendana. Pagi-pagi dah kena pasang senyum sampai ke telinga. Petang pulak kena jadi patung chendana menemankan tuan pemberi sijil.. pehhh.. berdiri lama sampai naik lenguh kaki dan belakang.. graduan belah petang adalah seramai 478orang.. bayangkan kalau sorang graduan mengambil masa 15 saat untuk amik scroll diorang.. dekat 2 jam gak aku berdiri sambil senyum memanjang.. (boss aku tak de time konvo kali ni tu yang beliau mintak aku gantikan tempat beliau.. dan kaki serta belakangku terus terubat biler dapat ole-ole dari China.. hahaha).

 aku kena duduk kat baris depan betul-betul bersebelahan dengan Tuan Pemberi Sijil. memang kena jadi patung chendana la kan sebabnya kena duduk diam-diam sambil senyum je..  (gambar adalah ehsan dari blog normi)
 antara graduan yang cemerlang. Tahniah! Semua guru akan berasa gembira bila mana anak didiknya berjaya. Alhamdulillah. 

 Ibu bapa turut gembira dan berasa pengorbanan mereka tidak disia-siakan. Mudahan anda semua semakin tunduk dan tawadhuk kepada Allah atas kurniaanNya ini. Amin. 

ni plak gambar Atif di ambil masa Konvokesyen PSP kali ke 6. (interframe jap.. gambar ehsan dari blog Habeida Hafaif) 


Selasa, 29 Mac 2011

Idamanku..

Kadang-kadang biler rasa sangat letih.. aku mengidam 2 benda ni..

1. Mesin baju yang boleh ada banyak fungsi - basuh, kering dan lipat @ gantung terus kat penyangkut baju - kiranya kita masukkan baju dalam mesin, letak sabun dan bukak air then end product adalah baju yang dah siap dilipat. Jimat masa, tenaga dan emosi.

2. Baldi mop lantai yang ada 2 baldi sekali - satu untuk air sabun bersih dan satu untuk takung air kotor selepas mop diperah (attach dengan pemerah).

Korang dapat bayangkan tak apakebendanya yang aku maksudkan? Bayangkan la eh.. aku memang selalu terbayang-bayang benda-benda macam ni. Kiranya pas ni khidmat bibik boleh dimansuhkan perlahan-lahan.

Tu je la buat masa ni..


Moral : Pas ni boleh mintak student final semester mekanikal jadikan projek akhir diorang..

Isnin, 28 Mac 2011

Langkawi kali ke doblas

Alhamdulillah.. kitorang selamat pergi dan balik dari Pulau Langkawi, Kedah. Berlepas dari Kuala Perlis. Kali ni naik feri yang 3 tingkat. Perghhhh... best. Sekejap je dah sampai ke destinasi. Kiranya tak sempat la nak "berperang" sambil menjaga kanak-kanak kecikku itu.. kebetulan hari pemergian sama tarikh dengan besday Atif yang ke 7 tahun.. kiranya ini adalah hadiah untuk harijadi Atif.. all in one..

Hmmm.. sebab apa all in one.. sebabnya CK kena jadi cikgu pengiring kepada pelajar-pelajarnya.. so kami pun tumpang memeriahkan la.. bagi motivasi kepada CK agar beliau tidak la berasa kesunyian.. eh? Ada kawan aku kata.. tu macam "CHOGM - cheap holiday on government money".. silap tu.. aku anak beranak temankan CK je.. tapi tambang feri dan penginapan dan pengangkutan semasa di Langkawi kitorang bayar sendiri.. weol tumpang naik bas PSP je.. daripada dibiarkan kosong.. weol tolong isikan.. see.. ada gak lagi niat nak menolong tu.. hahahaha..

Percutian kali ni adalah menyeronokkan kerana lebih sibuk melayan anak-anak daripada menyopping atau menikmati keindahan alam. Lagipun cam semua yang ada di pulau tu dah pernah dijenguk so misi kali ni  adalah untuk membeli "CORELLE". (Aku memang sangat teringin dengan benda alah tu tapi aku pendam je selagi tak pegi haji.. hehehe.. sian kan?)Atif dan Tipah dah pernah naik kereta kabel so kali ni weol cuma jalan-jalan cari makan sambil cuci mata tengok pinggan mangkuk. Nak tengok lebih-lebih pun adalah tidak berani kerana ditakuti terpaksa membayar barangan yang sudah pecah.. maklum la.. anak tengah lasak.. huhuhu.. cuma sempat menyervuy kat penjual yang guna plastik biru (IS), hijau (HIG) dan putih (LS). Akhirnya berjaya jugak misiku itu disempurnakan. Alhamdulillah.

Seperkara lagi, sebenarnya kesian gak kat Mahsuri sebab aku tak pegi pun menziarahi kubur arwah sebab aku confuse. Tahun 1995 aku pergi, makam Mahsuri tu adalah rupa kubur yang dah disimen. Tahun 2002 aku pergi plak, tinggal cam batu nesan sebatang je. Tahun 2004 dah rupa lain pulak. So harap arwah Mahsuri tak kecik ati la kami tak singgah ya. Aku sedekah Al-Fatihah dari jauh je.

Apa pun, kali ni aku berpuas hati dengan kemudahan surau dan tandas di Jeti Kuala Perlis. Sangat selesa. Rasanya kemudahan yang sama perlu diupgrade di Jeti Kuah untuk menampung jemaah yang ramai.

Khamis, 24 Mac 2011

Kisah Penjamin 2

Kali ni aku nak berkisah tentang penjamin yang dialami oleh aku sendiri. Sekitar tahun 2005 dulu, anak kepada pengasuh Atif, Kak C (nama sebenar) minta tolong nak pinjam nama aku untuk beli motor baru. Time tu pulak CK tengah sibuk belajar part time, so ruang berbincang agak terhad dan lagi aku tak nak ganggu tumpuan CK (cewah!). Makanya aku terus la bersetuju apabila mengenangkan Atif yang diasuh oleh keluarga tersebut dan aku takut gak la kalau diorang apa-apakan Atif dan sebenarnya yang paling takut adalah untuk mengatakan "tidak"!

Maka segala keperluan untuk membeli motor tersebut aku tolong uruskan hinggalah motor tersebut dapat digunakan di jalan raya. Malangnya, Kak C agak culas dalam melunaskan bayaran bulanan. Selalu la aku dapat surat amaran. Then aku ambil keputusan untuk memindahkan Atif ke bawah jagaan pihak taska pula yang mana hubungan aku dengan keluarga pengasuh terputus.

Masa terus berjalan. Kalau mengikut perjanjian sewa beli motor tu, tempoh ansuran tamat pada 2008 lagi. So biler aku dah tak dapat surat peringatan dari syarikat motor tu aku anggap urusan pembayaran pun dah selesai. Tup! Tup! Beberapa hari lepas, mak aku telepon dari kampung bagitau ada surat dari syarikat motor mengatakan aku masih terhutang sebanyak RM1,135. Maknanya Kak C tak jelaskan keseluruhan bayaran.

Aku pun terus telefon syarikat motor tu nak kepastian. Rupanya Kak C tak bayar ansuran yang terakhir sejak 2008 lagi dan faedah serta kenaan caj surat peringatan turut tertunggak. Perghhh! Sampainya hati mereka.

Seterusnya, aku pun pergi ke syarikat motor tu mintak diorang print statement yang dah berlaku. Aku pun tengok dengan sedihnya. Rupanya sejak motor tersebut digunakan, insuran dan cukai jalan tak pernah diperbaharui. Aku pun try telefon mak Kak C dengan sangat berhemah.

"Assalamualaikum kak. Kak apa kabar?"

"Baik. Sapa ni?"

"Ni Nurul. Mak Atif."

"Oooooo.."

"Kak, nak tanya sikit la. Kenapa Kak C tak abiskan bayar duit motor tu? Nama Nurul dah nak disenaraihitamkan."

"Ha? Cina tu kata dah abis bayaq dah. Tinggai nak tukaq nama je. La ni motoq tu dok ada kat sini. Tak da sapa nak pakai. Nak lempaq buang ja. Kalau nak baiki mau beribu tu."

"Kak, napa nak buang plak. Baik la kak serah pada saya. Kan guna nama saya tu. Sampai hati kak. Hari tu kenapa paksa-paksa masa nak guna nama saya?"

"Siapa yang paksa? Apa yang keluarga kak buat pada Nurul? Nurul cakap baik sikit ah. Kak ni orang tua. Mentang-mentang la kak orang miskin, Nurul dok hina je." (terus hempas telefon).

Hmmmmmm... aku terus confuse. Sapa yang patut maki sapa eh? Biler plak aku hina dia dan cakap dia orang miskin? Pening sat.

Aku pun malas nak melayan hati aku supaya bertambah panas so aku tepon CK ajak ke kedai motor tu dan kitorang buat full settlement. Pas dapat geran dan kunci motor, weol terjah ke rumah kakak tu tapi dia tak nak bukak pintu. Hehehe.. lawak la. Aku bukan nak buat samseng pun.

Kitorang jumpa motor tu yang mana nombor plat belakangnya dah tak da. CK pam tayarnya sikit then tolak ke kedai motor. Terus betulkan dan Alhamdulillah motor tu boleh digunakan. Kiranya, hikmah di sebalik kejadian adalah :
1. Aku dapat motor
2. Berhati-hati nak baik hati dengan orang bagi pinjam nama untuk beli apa-apa
3. Berhati-hati pilih pengasuh anak (best je kalau jadi suri rumah tanggakan.....)

Kiranya sekarang gua pikir la sendiri sebab berlaku ke atas diri sendiri.

Chow!

Ahad, 20 Mac 2011

Saya Suka Angkat Pinggan!

Beberapa bulan lepas, aku terlihat satu kempen "Saya Sayang Kantin Saya" di sebuah institusi pengajian tinggi yang turut melaungkan slogan "Saya Suka Angkat Pinggan". Kagum gak aku dengan kempen ni. Ye la.. susah nak suruh orang lepas makan angkat pinggan dan perlu dimasukkan ke dalam besen gerai yang berkenaan. Kena latih dari kecik lagi benda-benda ni. Masa aku di tempat kejadian, terdapat dua orang pelajar yang melaung-laungkan slogan kempen serta turut berpesan kepada para pengunjung kantin agar mengangkat pinggan dan gelas mereka ke besen yang disediakan selepas makan. Apa yang aku lihat, kebanyakan pengunjung adalah jenis degil tegar. Kering air liur pelajar tadi mengingatkan tapi pengunjung kantin buat dek je. Kiranya kempen tersebut tidak berjaya mencapai objektif pinggan sifar di atas meja selepas makan.Hmmmmm.. pada pengamatan aku.. perlu ada solusi lain ni.

Aku terfikir gak la.. masalah utama di sini adalah pengunjung tidak mahu mengangkat pinggan dan gelas. (Sebabnya mungkin kita tidak perlu mengangkat pinggan jika makan di warung atau restoren. Kalau kat hotel kita tak bangun lagi pun dia dah tolong angkatkan pinggan) Makanya, kita mansuhkan penggunaan pinggan dan digantikan dengan bekas makanan yang dibawa sendiri (contoh: Tupperware) oleh pengunjung atau dibungkus dengan polisterin yang dikenakan caj.  Hehehe.. Tak pun pegerai di kantin tu la kutip semula pinggan mangkuk mereka. Itu cadangan aku saja. Boleh la dibawa berbincang lebih lanjut lagi.

Sebenarnya.. apa yang lebih aku kesalkan.. apabila pihak pengurusan institusi tersebut lebih mengharapkan pelajarnya mengangkat pinggan selepas makan daripada mengimmarahkan pusat Islam mereka. Pada hemat aku, andai si pelajar dikerah berjemaah di pusat Islam mereka.. InsyaAllah masalah angkat pinggan tersebut akan selesai dan juga masalah sosial yang lain. Hati mereka jadi lembut serta lebih mudah menerima teguran dan pelajaran.


 kalau pinggan macam ni digunakan di kantin tu, mau si pengunjung angkat bawak balik terus..
jenis melamine yang cantik macam ni pun tak berapa sesuai digunakan secara berleluasa di kantin kerana dikhuatiri si pengunjung akan mengangkatnya dan menjadikannya koleksi di rumah.


Moral : Mungkin kempen tersebut boleh dilanjutkan kepada "Saya Memang Gemar Membasuh Pinggan Selepas Makan". Amacam?


Khamis, 17 Mac 2011

Lusa kena kerja

Bersiaran dari Kelantan Darul Naim.

Cuti dah abis. Sabtu dan Ahad kena kerja. Meh la ramai-ramai ke Konvokesyen PSP ke 11 pada 19 - 21 Mac 2011 ini.

Jap g nak bertolak semula ke Penang. Kejapnya rasa dok kampung.

Lusa dah stat keja.

p/s : tak de idea nak bersiaran. nanti kita kongsi isi buku yang baru weol beli.. tulisan Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani dan disusun semula oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz. Tungguuuuu!!! 

Ahad, 13 Mac 2011

Penjamin

Pada satu saat dan ketika dulu, sewaktu aku sedang berbuat-buat sibuk, datanglah seorang pelajar ingin berjumpa dengan aku bagi mendapatkan pandangan.

"Puan, saya nak minta pandangan puan."

"InsyaAllah boleh. Berkenaan dengan apa ya?"

"Macam ni.. semester lepas.. saya jadi penjamin pada rakan sekelas yang dah gagal berhenti tu melanggan broad band. Dia kata IC dia hilang tu yang tak boleh register guna nama dia. (kira ko bukan penjamin la.. kalau macam tu.. kira ko yang melanggan) Malangnya sekarang ni dia dah tak bayar 2 bulan. Celcom hantar surat pada saya mintak saya jelaskan. Saya dah call dia banyak kali. Hari tu dia kata dia tak de duit sebab baru kerja. Sekarang ni dia dah tak angkat telefon dah." (hehehe.. dia angkat tangan je kot!)

"Oooo.. macam maner awak boleh nak jadi penjamin sedangkan awak pun sedang belajar?"

"Entah la.. masa tu dia janji nak bayar." (jawapan tak menepati soalan ni)

" Banyak ke?"

"Dalam RM140. Duit PTPTN saya dah reserve untuk bayar bulanan motor dan ASB."

"Keluarga awak tau tak masalah awak sekarang ni? Ibu bapa awak mesti diberitahu."

"Ibu bapa saya tau dan minta saya selesaikan dulu."

"Kalau macam tu.. apa sebenarnya pandangan dan tindakan yang awak harapkan dari saya?"

"Saya nak mintak pandangan puan je bukan nak minta bantuan kewangan."

"Pandangan saya sama seperti saranan ibu bapa awak. Selesaikan. Awak guna la duit PTPTN tu dulu.  Exam just around the corner dan awak dah berada di semester akhir. Satu saya minta.. solat la 2 rakaat.. mohon pada Allah ketenangan dan petunjuk.. itu lebih afdal. InsyaAllah kita boleh dapat pandangan yang lebih tepat."

"Hmmmm... baik la puan. Terima kasih." (gaya cam tak puas hati je.. hehe)


Sabtu, 12 Mac 2011

Penangan "Play Station Portable" @ PSP

Situasi 1

Atif : Ibu.. kawan Atif kata kita orang miskin.
Ibu : La... memang betul la. Apa salahnya jadi orang miskin? Allah tak pandang pun kita miskin ke kaya.. (hahaha.. tak pasal-pasal kena ceramah..)
Atif : Kita jadi miskin ke kalau kita tak de PSP ibu?
Ibu : Tak la.. cuma ibu ayah tak mampu nak beli PSP sebab duit yang ada kita nak guna untuk makan, bayar yuran sekolah atif dan adik-adik, beli pensil, beli kaler, beli vitagen.. haaa.. kalau ibu belikan Atif PSP tu.. kita tak payah makan dan Atif tak payah pergi sekolah. Camner? Atif nak mana satu?
Atif : Tak pa la ibu. Kesian kat ibu ayah. Kita miskin pun tak pe kan..
Ibu : Hehehehe..

Situasi 2

Atif : Ibu.. tadi ustazah kata.. ada sorang je yang dapat seratus matapelajaran Tauhid.. ustazah pun sebut.. Khairul Atif.. ibu suka tak?
Ibu : Alhamdulillah.. mesti la ibu suka. Ok. Ibu belanja Atif nak?
Atif : Nak.. nak.. Atif nak PSP.
Ibu : Hmmm... (tak menjadi lagi nampaknya tazkirah aku hari tu..) Kalau ibu beli PSP untuk Atif nanti Atif dah tak dapat seratus. Nak ke?
Atif : Tak nak la..
Ibu : (Selamat... hehehe)



Rabu, 9 Mac 2011

Kerjasama Erat

Seronoknya dapat kawan dan anak-anak murid yang sporting.. sanggup bersusah payah.. kerjasama yang erat.. anugerah Allah.. nikmat Allah.. 


Alhamdulillah.. majlis yang dirancang berjalan lancar - "MINGGU PENGAUDITAN DAN PERCUKAIAN DI PSP. 2 - 5 MAC 2011".




p/s: ada satu lagi event tak abis lagi.. 

Ahad, 6 Mac 2011

Lelaki @ Perempuan?

Pagi tadi masa aku membersihkan sawang-sawang yang terawang-awang di awangan rumah aku, sambil tu aku dengar la perbahasan dalam satu siaran tv antara remaja lelaki dan perempuan tentang kelebihan menjadi lelaki dan perempuan. Masing-masing dengan hujah masing-masing. Kiranya baik lelaki maupun perempuan, mereka boleh hidup tanpa pasangan. Kononnya orang perempuan lebih pandai. Orang lelaki sekarang dah boleh buat kerja orang perempuan - contoh: chef dan orang perempuan pun boleh buat kerja lelaki la macam pilot. Tak pe la kan.. masing-masing keluarkan pendapat masing-masing berdasarkan kelogikan akal yang terbatas. So.. no right or wrong. (apa so so? soya bean ke? hahaha..)

Ok la.. pandangan aku plak.. memang betul la ada setengah perempuan @ lelaki mampu hidup tanpa pasangan yang mana jodoh mereka belum sampai atau sudah habis.. tetapi tau kah kita asal kejadian kita dari berpasang-pasangan? Maksudnya dari hasil hubungan lelaki dan perempuan yang sudah sah (yang tak sah pun banyak dah sekarang)? Maksud asal kejadian tu je dah memerlukan pasangan walaupun si anak tu tadi ditakdirkan tiada pasangan.  

Satu lagi.. orang lelaki dah boleh buat kerja perempuan malah lebih baik lagi. Contoh tadi jadi chef. Helllllooooooo.. sapa kata kerja masak-masak tu kerja orang pompuan? Kerja chef tu untuk sapa-sapa yang minat masak sebenarnya.. no specific gender.. hahaha.. Cam tu gak dengan pilot.. sapa-sapa boleh je nak jadi pilot asal berkebolehan dan berkelayakan.. semua atas izin Allah jua.

Sebenarnya.. setiap insan dijadikan dengan fungsi masing-masing. Ada yang jadi tukang masak, tukang sapu, tukang taip, tukang tulis, tukang layan, tukang ajar, tukang perintah, tukang suruh, tukang urut.. semuanya tukang kan.. atau dengan lain maksud.. hamba. Kita semua ni hamba Allah. Kalau kat opis jadi Ketua Program.. kat rumah pula jadi ibu kepada anak-anak, isteri kepada suami yang baik hati, anak kepada ibu bapanya, menantu kepada mentuanya, adik kepada kakak dan abangnya, kakak kepada adik-adiknya, jiran kepada jiran tetangganya, ipar kepada ipar duainya, pengikut kepada Rasulullah S.AW. dan hamba kepada Allah.

Fungsi lelaki maupun perempuan memang tidak boleh disangkal lagi. Dalam Al-Quran pun ada surah An-Nisa' yang bermaksud "wanita" yang banyak membicarakan hal-hal berhubungan wanita selain Surah At-Thalaq. Lelaki mesti berkahwin dengan perempuan, bukan dengan lelaki. Walaupun negara barat dah iktiraf perkahwinan sejenis, kita umat Islam tak boleh buat begitu ya anak-anak/adik-adik. Peranan isteri dan suami adalah berbeza dalam perkahwinan. Masing-masing saling melengkapi mana yang terkurang atau mengimbangi mana yang terlebih.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir". Ayat 21, Surah Ar Ruum (Bangsa Rumawi).

Tidak lupa juga, kaum lelaki kena berjemaah di masjid setiap waktu. Wanita pula bersembahyang di rumah saja. Walaupun ada yang kata.. "Bukan ke lebih elok kalau sembahyang berjemaah kat rumah bersama keluarga?". Hmmm... kalau semua sembahyang dengan keluarga di rumah.. kosong la masjid. Bayangkan tok imam, pak bilal, tok siak pun semua sembahyang dengan keluarga di rumah.. macam maner? Sebenarnya dengan berjemaah la kita menguatkan ukhwah sesama Islam dan ini yang paling ditakuti oleh orang kafir. Orang lelaki akan jadi lebih berdisiplin dan sangat bertanggungjawab kerana sudah menunaikan hak Allah. InsyaAllah tanggungjawab yang lain juga akan berjaya dilunasi.

Ada pulak yang tanya.. "Nanti orang pompuan tak dapat la pahala berjemaah?". Orang pompuan berjemaah la dengan anak-anak perempuan. Kalau anak-anaknya kecik lagi atau tak de orang lain dekat rumah.. sembahyang sendiri je. Seelok-eloknya orang pompuan bersembahyang di dalam bilik di rumah. Jangan takut.. pahala si suami tu pun kita dapat. Allah dah beri janji. Oleh itu marilah kita beri galakan kepada suami dan anak-anak lelaki kita berjemaah di masjid setiap waktu.

Konklusinya.. lelaki dan perempuan tetap berbeza. Jangan kita menafikan fungsi masing-masing. Yang sama hanyalah kita semua sebagai hamba Allah dan pengikut Rasulullah S.A.W.

Wallahu'alam.


Sabtu, 5 Mac 2011

Mendidik Anak

"Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau " – Saidina Umar Al-Khattab

Jumaat, 4 Mac 2011

Adakah penawar untuk isteri pemalas?

Petikan dari Utusan Malaysia 3/32011

RUMAH tangga dan persekitaran yang bersih bagaikan taman bunga yang segar dan menjanjikan ketenangan kepada penghuninya. Pun begitu tanpa kerajinan segala yang diingini tidak akan berlaku. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan tidak punya waktu untuk membersih dan menghias rumah agar sentiasa sedap dipandang mata. Saiz rumah juga bukan ukuran tetapi kebersihan akan membezakan segalanya. Ramai yang impikan ketenangan di dalam rumah setelah penat berada di luar tetapi tidak semua kita yang berpeluang untuk mengecapinya. Tugas menguruskan rumah tangga adalah amanah yang dianugerahkan kepada suri rumah atau pembantu ramah. Tetapi adakah semua isteri sanggup berbuat demikian? Jawapannya ada pada kisah yang ingin diceritakan Zaidi (bukan nama sebenar) yang kini makan hati dengan sikap isteri yang tidak pandai mengurus rumah tangga.

Kata Zaidi, isteri orang lain juga bekerja dan penat tetapi mereka ada masa untuk mengurus rumah dan menjaganya supaya bersih sentiasa. Sayang sekali isterinya seorang yang pemalas dan ini menjadi masalah besar kepada Zaidi sehingga dia melabelkan isterinya Aida (bukan nama sebenar) sebagai seorang yang pemalas. "Saya telah mendirikan rumah tangga dengan Aida sejak 10 tahun lalu. Kami mempunyai tiga orang anak berusia 7, 8 dan 9 tahun. "Rumah kami sederhana sahaja luasnya. Kami tidak mempunyai pembantu rumah kerana anak-anak dihantar ke rumah ibu mentua saya selepas mereka balik sekolah. "Isteri pula bekerja dan balik ketika hari menjelang senja. Saya mengharapkan isteri mempunyai masa untuk mengemas rumah atau memasak setiap kali balik kerja. "Bukan masakan yang hebat-hebat yang saya perlukan, cukup sekadar mengalas perut kami anak beranak. Sayangnya apa yang saya harapkan tidak berlaku.

"Setiap hari keadaan rumah tidak berkemas, pakaian yang dibasuh bersepah-sepah tidak berlipat. Pinggan mangkuk penuh sinki. Pendek kata kesemuanya menunggu hujung minggu untuk dibersihkan. "Bayangkan dalam tempoh itu bagaimana keadaan rumah dan baunya yang busuk setiap kali saya balik kerja. Hendak melangkah rasanya berat kaki. Hendak minum air juga tidak tertelan. "Hendak mengharapkan anak-anak mereka masih kecil. Isteri pula asyik mengadu penat dan mahu berehat. Makanan setiap malam dibeli dari restoran berhampiran.

"Saya mampu mengambil pembantu rumah tetapi dihalang oleh isteri dengan alasan tidak perlu sebab dia boleh lakukan. "Sayangnya dia hanya berkata tetapi tidak disertakan dengan tindakan. Sudahnya keadaan rumah tetap begitu juga. Apabila ditegur, dia melenting dan merajuk. "Saya sudah puas menasihatinya tetapi dia tetap macam itu, tidak ada perubahan. Sikap malasnya semakin menjadi-jadi. Rumah kami sudah seperti sebuah setor barangan terpakai. "Masa yang berkualiti di rumah tidak dimanfaatkan untuk membereskan kerja-kerja rumah yang sepatutnya tetapi lebih banyak meluangkan masa di rumah ibunya dan anak-anak juga dibawa ke sana. "Saya tidak menghalang mereka ke sana tetapi saya berharap dia akan tolong kemas rumah dan sempurnakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu terlebih dahulu.

"Saya amat malu dengan sikap malas isteri saya itu sehinggakan kami menjadi bahan ejekan jiran-jiran dan saudara mara yang datang. Keadaan itu menjadikan saya malu untuk menjemput saudara mara atau kawan-kawan ke rumah. "Saya seorang yang pembersih dan suka rumah yang cantik dan bersih. Saya telah dididik menjaga kebersihan rumah sejak kecil. Ibu seorang yang rajin mengemas rumah. "Rumah kami sentiasa bersih. Ibu seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan saya bangga mempunyai ibu yang rajin dan pembersih. "Namun semua itu tinggal kenangan kerana saya telah berkeluarga dan sayangnya suasana sebegitu tidak lagi dapat saya kecapi. "Saya kesal kerana isteri tidak mengambil berat teguran saya malah sepatah saya kata sepuluh yang dia jawab sehinggakan saya ada kala hilang sabar. "Paling saya malu kerana kami tinggal di kawasan perumahan mewah yang sepatutnya menjadi teladan kepada orang lain. Ini tidak, dibandingkan dengan rumah orang lain, rumah saya paling buruk dan tidak terurus. 

"Bukan saya tidak berusaha ke arah itu tetapi jika saya seorang yang beria-ia, isteri buat tidak kisah, buat apa? "Sekarang keadaan semakin runcing. Isteri asyik berjalan makan angin, sekejap dalam negeri sekejap luar negara. Dia lebih suka melayan kawan-kawan kerjanya daripada saya dan anak-anak. "Tidak salah pergi berjalan tetapi mesti ada tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak. Uruskan rumah tangga dulu, susun atur perabot yang lintang pukang dalam rumah agar saya yang ada dalam rumah boleh bernafas!
"Sesekali fikir saya merasa pelik kenapa isteri saya berperangai macam itu. Rupanya dalam dunia ini ada juga perempuan yang pemalas dan tidak suka mengemas. "Sekarang saya lebih banyak pulang ke rumah ibu daripada di rumah. Saya penat dan mahu ketenangan. Di rumah ibu, saya merasa tenang dan aman. Pernah juga ibu menegur isteri saya tetapi dia langsung tidak peduli. "Jangan kata mengemas, memasak juga jarang dia buat. Yang dia tahu makan, tidur dan berjalan. "Kasihan anak-anak kami yang terpaksa makan makanan di luar atau di rumah ibu. Entah di mana silapnya sehinggakan Aida jadi pemalas begitu sekali.

"Ramai yang hairan bagaimana saya masih boleh bersabar dengan perangai isteri macam itu. Jika diturutkan naluri seorang lelaki, saya layak untuk mencari pengganti dan telah lama berbuat demikian. "Tetapi saya sayangkan anak-anak yang tidak berdosa, malang bagi mereka kerana mempunyai ibu yang malas.

"Anak sulung saya seorang perempuan dan masih di bangku sekolah rendah sering bertanya kepada ibunya, kenapa rumah kita tidak secantik rumah jiran. "Anda tahu apa jawapan ibunya, Mama penat!.. Sepatutnya jawapan yang paling tepat adalah mama malas!. "Saya mahu dia faham falsafah kehidupan dalam suasana persekitaran yang bersih dan sihat. Semoga Allah akan membuka pintu hati Aida untuk berubah.
"Saya juga mengharapkan saya boleh bersabar dengan kerenah Aida. Jika tidak saya pasrah kepada ketentuan Allah SWT," keluh Zaidi menamatkan ceritanya.

Saya mengucapkan syabas kepada Zaidi kerana berani meluahkan perasaannya ke ruangan ini. Saya percaya ramai lagi suami yang menghadapi masalah seperti Zaidi tetapi enggan berkongsi masalah mereka.
Saya berharap Zaidi akan terus bersabar dan membimbing isterinya untuk kembali kepada tanggungjawabnya. Anggaplah ini juga sebagai ujian dalam rumah tangga. Masih belum terlambat untuk anda membetulkan keadaan. Berterus terang dan membimbing adalah cara terbaik menangani masalah ini.

Anda harus menerima diri Aida seadanya, ertinya segala kelemahan dan kekurangan dirinya hendaklah diterima dengan reda. Itu sudah ketentuan jodoh anda. Pada masa yang sama, sebagai suami anda perlu bertindak lebih tegas. Cadangan saya ambil cuti panjang dan bergotong royong mengemas dan membersihkan rumah bersama anak-anak. Menamatkan catatan, pesanan saya seorang suami akan merasa tenang andai isterinya menjadi seorang yang penurut dan boleh menyejukkan hatinya di kala dia gundah. Realitinya, kehadiran wanita di dalam hidup seorang lelaki, ibarat matahari yang tidak pernah terbenam.


 
Ok.. ni pulak adalah ulasan dari aku.. sebelum tu aku tanya CK dulu.. aku ada tak menyamai macam si isteri yang di atas? (Sebabnya kadang-kadang aku pun tak masak.. kemas mana yang sempat je.. kul 6 lebih baru sampai umah ko.. tak ke lebih kurang aku macam watak seperti di atas.. hahaha.. sendiri terasa). CK pun jawab yang mana jawapannya aku memang nak peluk dia tak mo bagi lepas... hahahaha.... CK kata.."Instead of si suami tu komplen isteri, cuba suami tu tolong sama buat kerja rumah.. baru dia tau penatnya.. anak-anak rapat plak tu.. mesti nak uruskan anak-anak je dah sangat letih.. apa lagi sambung dengan kerja rumah. Kalau tak mo amik pembantu rumah, boleh la amik pembantu yang datang hujung minggu je ke..".
 
Apa pun pada aku.. suami isteri kena bertolak ansur dalam menguruskan rumah tangga. Nak nak anaknya berderet setahun satu.. masa untuk diri sendiri pun tak de tau.. percaya jangan tak percaya.. tapi kalau kita amalkan "Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x), Allahu Akbar (34x)".. InsyaAllah jiwa jadi tenang dan dapat melaksanakan bebanan tugas dengan senang hati. Itu la yang diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a bila mana Fatimah mengadu keletihan membuat kerja-kerja rumah. Wallahualam.


Khamis, 3 Mac 2011

Ilmu

Peribahasa ciptaan ulamak-ulamak terdahulu

Ilmu umpama binatang buruan.
Mencatit ilmu umpama mengikat/menambat binatang buruan.

Moral : Antara teknik belajar.

Selasa, 1 Mac 2011

Bunuh Diri

Akhir-akhir ini pihak aku banyak dikejutkan dengan berita mereka yang hendak membunuh diri. Dengan lain maksud, nak menamatkan riwayat hidup sendiri. Kalau kat luar sana banyak yang kita dengar mereka menamatkan riwayat hidup orang lain. Dah bagi pinjam duit, pas tu kenakan kadar faedah yang melambung tinggi. Bila si peminjam gagal membayar dalam tempoh yang dijanjikan, maka si peminjam akan diugut, diseksa dan kadangkala ditamatkan hayatnya. Hebat masyarakat sekarang. Seolah-olah menafikan kewujudan Allah Yang Maha Besar.

Berbalik kepada kes bunuh diri tadi, kebanyakan kes berpunca kerana putus cinta. Kiranya seolah-olah sudah putus harapan untuk meneruskan hidup. Ayat yang klaise "Aku tak dapat hidup tanpa dia". Hehehehehe.. siapa dia tu? Sebelum ko jumpa dia.. ko boleh hidupkan? Apa kata ko bayangkan kehidupan ko tanpa dia seperti sebelumnya.. InsyaAllah ok. Jangan takut la. Kasih sayang sesama makhluk ni tak kekal andai bukan kerana Allah. Sedangkan mak ayah sekarang pun dah ramai yang sanggup buang anak apatah lagi teman lelaki atau teman wanita. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Pengampun. Mohon sungguh-sungguh pada Allah. Makhluk tiada daya mahupun kuasa. Yakin la wahai anak-anak sekalian..

Allah sahaja yang sangat penyayang. Allah sahaja tempat kita mengadu. Ampunkan dosa kami Ya Allah! 

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...