Singgah Jap

Ahad, 14 Mac 2010

KURSUS UBS 7 HARI BERTURUT

Alhamdulillah...

Hari ni masuk hari ke 6 weol berkursus dan berkurung dalam lab... seronok + tensen + dapat banyak ilmu baru.. (yeha! tinggal sehari je lagi.. then terus cuti seminggu.. nak menjenguk korga aku plak di kampung nun jauh di Johor tu..)

1. Seronok tu dah mesti sebab dapat berkumpul dengan kengkawan + makan disediakan..
2. Tensen sebab pas abis setiap modul ada exam dan terpaksa memerah kepala otak.. kena recall pasal accounting principle (aku dah lama tak ajar paper yang ada debit kredit nih).. so tahap kelembapan agak tinggi..
3. Dapat ilmu baru.. selama ni dok buat secara manual.. ni computerised.. walaupun pernah ada pendedahan awal.. tapi itu sudah berkarat tebal dan perlu di'polish'..

3 hari pertama kena belajar pasal UBS Accounting.. masa ni semangat semua orang masih tinggi sebab semua dah biasa dengan dunia accounting dan Alhamdulillah tak berapa susah nak paham dan 'apply'.. tapi biler exam.. kelam kabut gak.. (aku la tu.. tawakal je la.. 2 bulan lagi baru tau resultsnya..). Hehe.. yang lawak tu.. baru le reti nak 'backup' dan 'restore".. (basic things tu.. tapi kalau tak tau memang parah.. haha..)

Tima kasey tak terhingga kepada kengkawan yang menganjurkan kursus ni.. Ashraf, Kak Mariam dan Suriani.. uol memang best!

Dua hari kedua.. kena belajar UBS Stock Control plak.. huhu.. part ni yang susah.. very details.. aku agak fail tang mem'posting' tu + nak review reports.. rasanya dalam buku tunjuk lain tapi exam mintak lain (mau salah buku gak dan bukan diri sendiri.. hehe.. memang lemah tul iman aku).. Biler exam untuk modul ni... peeerrgggggghhhhhh... aku buat dengan teliti dan berhemah sungguh.. tapi bila nak posting.. aku buat ikut suka hati aku bukan ikut soalan peksa.. minta maap ye Mr.Yap (trainer dari UBS).. kami ni budak baru belajar.. sob!sob!sob!

Ni la Mr.Yap yang berkobar-kobar mengajar kami ya.. wajahnya cukup eksklusif dan tak dapat dipaparkan.. (kawan yang tudung kuning menunjukkan kekaguman yang tinggi pada Mr.Yap.. haha)


Dan.. untuk hari ni dan esok.. weol belajar pasal UBS Payroll.. susah gak.. nak kira gaji + overtime + elaun.. kena belajar baca jadual EPF, SOCSO dan PCB.. hehe.. selama ni orang buat untuk kita je.. so.. ni turn aku plak belajar camner nak kira untuk orang.. esok exam untuk payroll.. then abis.. then boley balik kampung.. then bercuti.. thennnnnnnnnn??

Yang paling menyeronokkan.. cukup la kursus 7 hari setaun kami.. kira tak yah pegi kursus mana-mana la pas ni.. ye ha!!

p/s:
1. Salah sorang kawan aku a.k.a peserta kursus ni a.k.a blogger - habeida hafaif tengah dok amik gambar sendiri.. hehe.. mesti dah kritikal tuh.. (i lap u)..
2. Tima kasey infiniti pada CK sebab tolong jaga Atif dan Atifah sorang-sorang without me this last weekend.. i luv u so much...

Mudahan kita semua dapat manfaat daripada apa yang kita pelajari dan yang penting diredhai Allah. Amin..





Selasa, 9 Mac 2010

Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan

Satu Kajian Saintifik Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha (hehe.. kalu amalan mencucuk-cucuk badan tu pada orang-orang kafir tak apa la pulak kan.. tapi dalam Islam ianya diharamkan sebab memudaratkan @ merosakkan diri). Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh. Selain itu,kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati (manusia dengan pendapatnya yang dirasakan sangat betul). Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar? Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.

Dalam Surah Al-Maidah, Ayat 3, Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan (daging) haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih. Dan (diharamkan pula) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan pula) mengundi nasib dengan azlam (anak panah), kerana itu suatu perbuatan fasik. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepadaKu. Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, dan telah Aku redhai islam sebagai agamamu, tetapi barang siapa terpaksa kerana lapar dan bukan kerana ingin berbuat dosa, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang".

Babi @ khinzir adalah satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh.

Kaedah ini dikaji oleh pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulzedan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar. Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islam adalah kaedah yang terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP). Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP .Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu. Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu. Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia. Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging. Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.

Kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yangdijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih. Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia. Selain itu,Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik. Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.

Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah kesaraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak. Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islam online pada 2003. Selain itu, sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.

Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. "Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma," kata Aisha dalam kajiannya.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Wallahualam.

Khamis, 4 Mac 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 11

Habis waktu wuquf.. masuknya waktu maghrib.. kami pun solat maghrib dan isyak secara jamak tamam.. then terus tunggu giliran untuk naik bas ke Muzdalifah.. jarak cuma dalam beberapa km je.. ramai gak aku tengok jemaah dari negara lain yang berjalan kaki.. tu yang pahala lagi berganda-ganda tuh..

Sampai je kat Muzdalifah dalam kul 7.30 malam (waktu Malaysia 12.30 tengah malam).. pihak muassasah bagi setiap sorang satu pek makanan (air kotak, air mineral, biskut, kek) untuk alas perut.. kena mabit (duduk) sehingga tengah malam.. waktu diputuskan tengah malam adalah 11.30 malam.. dengan lain maksud (ayat buku).. berada di Muzdalifah selepas separuh malam 10 Zulhijjah hingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu subuh) hari tersebut. Sebaik-baiknya berada sepanjang malam dalm tempoh tersebut. Namun memadai walau berada seketika sahaja...

Kat sini kita disunatkan berzikir, baca Al-Quran, solat sunat (tapi tak dapat nak solat sebab tak de ruang.. hehe.. orang begitu ramai dan muat-muat untuk satu tempat duduk je..) dan mengutip 7 biji anak batu (sebesar kacang kuda) yang akan digunakan untuk melontar di Jamrah Kubra pada esok hari nanti.. . CK pun tido dengan gaya udang merekot tapi aku tido duduk je.. sunnah nabi.. tido waktu di Muzdalifah..


suasana macam di Padang Mahsyar.. tunggu nak dihisab..

manusia bertebaran nak mabit di bumi Muzdalifah.. (nampak tak bendera Malaysia berkibar dengan cantiknya tu?)

lautan manusia.. ramai dok kutip anak batu sambil menguis-guis tanah kat tempat duduk.. sambil tu berzikir.. toilet pun ada sepuluh buah gak dan perlu berkongsi dengan orang ramai.. sabar ya..


CK sebelum merebahkan dirinya (zzzz)..


aku.. hehe.. tunggu waktu sesuai nak lelap..
Kitorang stay kat bumi Muzdalifah sampai pukul 4pg.. pas tu naik bas ke Mina plak..


p/s: Mabit di Muzdalifah adalah wajib haji.

Rabu, 3 Mac 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 10

Episod kali ni masih kat Arafah.. masa kat Arafah ni.. kita digalakkan berzikir, membaca Al-Quran, solat sunat dan sebagainya.. malam tu tido dalam khemah agak sejuk dan lena.. hehe.. so far aku ni tido kat maner-maner pun ok.. dan lagi dapat la berkenalan dengan jemaah dari bilik-bilik lain.. selalunya aku dan roomate aku dok berkawan sesama sendiri dan jejaka bilik sebelah weol tu je..

Esoknya.. masuk je waktu zohor.. bermulalah waktu wukuf yang mana kita hendaklah berdoa bersungguh-sungguh dan mohon keampunan pada Allah.. Allah buka langit waktu tu dan InsyaAllah ia adalah waktu yang paling mustajab berdoa.. sebelum tu khutbah Arafah akan dibaca oleh imam.. solat zohor dan asar pun dikerjakan secara jamak tamam.. sepatah kata Ustaz Cecep.. Allah bagi anugerah keampunan pada jemaah haji pada waktu ni.. Amin.. (berwuquf tu memadai hanya berada di Arafah dalam sebarang keadaan - berdiri, duduk, berjalan, berlari atau tidur tetapi adalah lebih baik membanyakkan ibadat khasnya doa wuquf di Arafah)

Di Arafah, Muzdalifah dan Mina kita dibolehkan sembahyang jamak secara tamam (cukup rakaat).. disebabkan kesukaran untuk mendapatkan air dan perlu berkongsi dengan jemaah yang ramai.. sebab tu mengerjakan haji nih memerlukan darjah kesabaran yang sangat tinggi.. dan balasan yang Allah beri pun tak terkata manisnya..

suasana khemah jemaah lelaki.. semua pakat berdoa..

CK sempat posing gak kat tepi khemah

ramai gak jemaah yang panjat bukit dan berkhemah kat situ..

ramai berdoa di bawah langit terbuka..


hehe.. aku pun tak terkecuali.. sebelah tu salah sorang dari roomate aku.. Makcik Siti Zubidah a.k.a Ruqaiyah Noq (nama gelaran di kampungnya)..

Mudahan Allah terima doa dan taubat kami... Amin..

p/s: tak abis lagi tau.. wuquf di Arafah adalah rukun haji..


Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 9

Alhamdulillah... baru lepas makan sebiji buah delima pemberian Dieba.. sedap dan manis.. ada lagi dua biji nak makan.. tima kasey Dieba atas ingatan ko.. mudahan Allah akan murahkan dan luaskan lagi rezeki ko.. InsyaAllah.. Amin..

Ok.. sambung di episod kali nih.. lebih kurang 10 hari sebelum hari wukuf.. weol dah tak digalakkan buat umrah.. jaga kesihatan dan siapkan bekalan ubat secukupnya.. jangka berada di Arafah 2 hari dan di Mina 3 hari.. aku pulak Allah kurniakan tidak mengalami haid time tuh.. (SEBABNYA?).. then aku pun pegi la 'consult' dengan doktor berkaitan dengan keadaan aku tu.. Alhamdulillah.. biler aku tengok doktor tu cam relek je dan ayat-ayatnya yang memberi semangat maka aku pun azam dalam hati yang InsyaAllah aku boleh laksanakan dengan sempurna semua rukun dan wajib haji.. CK pun beri semangat yang tak berbelah bahagi.. dia kata dia doakan aku depan Kaabah supaya aku sihat sepanjang masa.. I luv u.. (i'm very touched la..)..

Malam sebelum berangkat tu.. di setiap tingkat hotel tempat weol menginap tu adakan sembahyang hajat dan bacaan Yasin.. mohon Allah mudahkan semua urusan weol dan moga mendapat haji yang mabrur..
Then tiba la hari yang dinanti-nantikan.. jam 10pagi weol sebilik dan jejaka di bilik sebelah dah bersiap dalam pakaian ihram.. tapi niat tak pasang lagi.. tiba-tiba hujan pun turun dengan agak lebat... suspens dah ni.. kira jarang-jarang berlaku hujan di Kota Mekah.. kira kena tunggu jap lagi sebab khemah kt Arafah basah.. weol pun solat zohor dan minum-minum petang sementara tunggu hujan reda...

langit agak gelap.. gambar ni aku snap dari tingkap bilik.. air turun dengan deras dari bukit..

jiran dari bangunan sebelah turun gak nak ke Padang Arafah walaupun hujan agak lebat..

Alhamdulillah.. hujan pun berhenti pas Asar tu.. ni roomate aku n CK dok bersiap-siap nak turun ke tingkat bawah untuk naik bas.. then time ni la weol baru pasang niat untuk haji.. (Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala).. weol diarahkan hanya bawa beg yang diberi oleh pihak Tabung Haji je (anggaran berat untuk 5kg) sebabnya ruang duduk di khemah Arafah dan Mina sangat terhad.. tapi.. biasa la orang pompuan kan.. nak bermusafir 5 hari pun macam-macam nak bawak.. tu yang pakat bawak extra beg tuh.. degil sungguh.. hehehe..



ni dalam bas sewaktu menuju ke Padang Arafah.. jauhnya lebih kurang 21km dan Alhamdulillah kami sampai dalam masa setengah jam je.. so.. before mahgrib dah ada kt situ.. suasana jadi sejuk dan lembab sebab baru lepas hujan..



yang ni plak suasana dalam khemah pompuan kat Arafah masa baru-baru sampai.. kiranya ruangan untuk kita hanya muat untuk kita baring dan letak beg di hujung kaki.. tu yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi.. toilet ada sepuluh je tapi kena kongsi dengan ramai orang.. so.. lupakan keselesaan ya.. apa pun aku memang bersyukur sebab dapat sampai kat sini dan alaminya sendiri.. Alhamdulillah..


K.. sambung lagi nanti.. (niat haji adalah rukun haji dan seelok-eloknya berniat di penginapan masing-masing)

Isnin, 1 Mac 2010

CEMBURU

Tajuk kita hari ni adalah cemburu.. best gak kalu dikupas sikit.. maklum la.. bila melibatkan hati dan perasaan.. hanya yang mengalaminya saja yang tahu.. jenuh la orang keliling bagi nasihat.. tapi umpama "mencurah air ke daun plastik" je..


Rasanya semua orang berhak cemburukan? Terutama pada pasangan kita maupun orang yang kita sayang.. Kadang-kadang ianya perlu dizahirkan.. kalau kita simpan saja rasa tu.. tau-tau sampai hilang rasa sayang.. dan kita terus angkat kaki tinggalkan kesayangan kita tuh.. sebabnya? Apa guna kita nak cemburu lagi kalau si pasangan tidak faham akan perasaan kita.. tak ambik 'action' dengan perasaan kita.. masih rasa perbuatan dan sikapnya saja yang betul..


"Kalau aku tak cintakan kau.. aku tak kawin dengan kau la..".. mungkin ni contoh luahan rasa si suami yang memang susah nak bagitau perasaannya pada si isteri..


"Kalau aku nak dia.. aku tak bawak la kau datang sekali dengan aku".. hmmm.. ni plak mungkin contoh dialog si suami yang bawa isterinya bersama ke satu majlis tapi dok sibuk borak dengan perempuan lain sampai si isteri panggil pun tak dengar.. (pada si suami mungkin sibuk berbincang.. ye la.. kononnya nak bincang dengan sapa lagi.. si isteri mungkin tak paham masalah yang dihadapi kan?)

Si isteri plak mungkin boleh bertahan pada awalnya dan cuba bagi "hints" beberapa kali.. tapi sang suami tak sensitif dengan persekitaran.. dan mungkin sebelum nih si isteri tak pernah menunjukkan rasa cemburu yang ketara.. makanya biler angin sudah penuh satu badan.. dan time tu syaitan pun mencucuk seluruh anggota tubuh.. maka terjadilah pertengkaran dan si isteri pun bertindak meninggalkan suaminya di majlis tuh..
Yang peliknya.. si suami tu tak cuba pun nak pujuk si isteri.. boleh suruh isteri balik dulu.. then sampai rumah sambung lagi marah.. haha.. biler masa si isteri nak luahkan perasaannya? Yang bestnya tu... ada suami tuduh isteri berhati busuk sebab cemburu.. haha.. Ada tak si suami terpikir akan keadaan si isteri.. mungkin dia mengandung @ datang bulan @ baru nak datang bulan yang menyebabkan keadaan si isteri lebih sensitif dari normal? Kena banyak zikir dan baca quran nih.. untuk para isteri ubat hati sendiri..



Macam-macam suasana rumahtangga kan.. Sketsa di atas adalah salah satu asam garam kehidupan.. Mudahan Allah merahmati rumahtangga kita semua..

"Ya Allah!
Kau satukanlah hatiku dan hati suamiku
Titipkanlah kemesraan di antara kami
Agar kebahagiaan itu abadi"
Amin..




Related Posts with Thumbnails