Singgah Jap

Ahad, 21 Februari 2010

Amalan ketika mengandung

CK baru hadiahkan aku sebuah buku.. "MASTURAH.. USAHA DAKWAH DI KALANGAN WANITA".. best gak isi-isinya.. antara yang aku nak kongsi kat sini ialah:

Amalan ketika mengandung
  1. Makanan dan minuman hendaknya diperoleh dari sumber yang halal.
  2. Beribadah sebaik mungkin, berzikir, membaca Al-Quran dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah..
  3. Lazimkan membaca surah Maryam (untuk mendapatkan anak yang soleh, surah Yusuf (agar mendapat anak yang tampan), surah Yasin (agar mudah melahirkan), surah Luqman (agar mendapat anak yang bijaksana).
  4. Selain dari itu, ibu-ibu harus mengamalkan doa di bawah ini jika telah melaksanakan solat lima waktu yang bermaksud:

"Ya Allah, peliharalah anakku selama dalam kandunganku dan sembuhkanlah ia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, jadikanlah ia sihat dan sempurna, cerdik, berakal, dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, baguskanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadits dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W".

5. Ketika ibu kesakitan hendak bersalin, hendaklah membaca doa berikut:

"Tiada Tuhan selain Allah, Yang Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim".

Undang-undang Manusia Lebih Relevan?

Baru-baru ni.. aku dan CK tengok satu telemovie.. sebenonya CK tak berapa tengok.. aku yang dok bagi ulasan selari kat dia sebabnya dia dok tido-tido ayam.. hehe.. sinopsis cerita lebih kurang cam ni la..

"Ada satu keluarga bahagia yang terdiri daripada ibu, ayah, sorang anak lelaki dan sorang anak pompuan.. si ayah kerja jadi mekanik dan ibu plak surirumahtangga sepenuh masa.. Satu hari.. keluarga ni diuji oleh Allah.. si ayah ditimpa kemalangan dan tidak lagi mampu untuk menyara keluarga.. Si ibu cuba mengambilalih tugas si ayah dengan bekerja sebagai jurujual.. si ibu sangat rapat dengan bos lelakinya dan akhirnya berlakulah kejadian yang mereka ingini bersama (hehehe).. pas 2 bulan kejadian tuh.. si ibu dapati beliau mengandungkan anak bossnya.. lalu si ibu pun keluar dari rumah mereka dan menumpang di rumah kawannya.. Kawan plak cuba menasihati si ayah agar memaafkan si ibu.. pas 6 bulan.. si ibu rindukan anak-anaknya dan pegi menjengah di rumah mereka.. anak-anak merayu kepada ayah agar terima si ibu dan ayah pun terima.."

Aku pun tanya pendapat CK tentang ending cerita nih.. ya la.. kagum la kan dengan si ayah yang boleh terima si ibu tu kan.. makanya kalau dari hukum Islam.. suami isteri tu dah tak boleh bersama lagi kerana si ibu sudah patut dijatuhkan hukuman rejam sampai mati (hukuman untuk penzina yang sudah berkahwin) selepas melahirkan.. dan nasab anak dalam kandungan si ibu tu pun dah putus dengan si ayah dan juga si bapa penderma benih tu..

Kadang-kadang mesej cerita pun tak berapa nak sampai atau tak berapa nak betul.. lebih ikut situasi dan emosi sendiri.. tambah-tambah ada persatuan yang mengatakan hukum sebat tuh menganiaya kaum wanita.. dok perjuangkan hak wanita secara mengkhinzir buta tanpa merujuk Al-Quran dan Sunnah.. dan dok perlekeh kaum lelaki.. pelek.. mereka lupa ke asal usul kejadian mereka tuh? Na'uzubillah..

Sesungguhnya Allah menguji hambaNya dengan ujian yang mampu dihadapi oleh mereka.. Wallahualam..

Khamis, 18 Februari 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 8

Alhamdulillah.. sambung lagi stori pasal tanah suci ni.. abis dah cuti Tahun Baru Cina.. nampaknya kali ni disambut dengan penuh meriah oleh mereka yang meraikannya.. sebab Tahun Harimau kot.. aku tengok pun banyak baju corak belang-belang yang dijual kat pasaraya.. hehe

Episod lepas weol selamat dah menunaikan umrah untuk haji tamattuk... lepas siap umrah tu.. weol kena bayar SaudiRiyal 330 (lebih kurang RM300) untuk dam haji tamattuk.. pegi je kat kaunter Tabung Haji di lobi hotel tu.. dan bayar kat situ.. (kalau kita pilih buat haji tamattuk dan haji qiran kena dam.. tapi haji ifrad tak perlu dam kerana tempoh berihram lebih lama..)

2 hari lepas tu.. CK plan dengan roomatenya nak pegi buat umrah lagi.. so CK dan kengkawan pi riki tempat miqat.. yang terdekat adalah Tan'im (5km) dari tempat weol.. kenderaan nak bawak pun sentiasa dok tunggu kat luar hotel... esoknya plak.. aku dan mahram kengkawan CK pun join sekali pegi buat umrah.. weol book satu van then pegi ke Tan'im untuk miqat.. time tu pukul 3 pagi.. kat sana tak kira waktu dan ketika.. orang tetap ramai.. cuma kita kena sentiasa mohon pada Allah mudahan dimudahkan semua urusan.. InsyaAllah.. pegi ke Masjid Aisyah di Tan'im pukul 3 pagi pun aku tengok banyak kenderaaan (van, bas, kereta dll) penuh kat luar masjid tuh...

Selain dari Tan'im.. ada beberapa tempat miqat untuk penduduk Mekah pergi bermiqat untuk niat umrah.. boleh tengok peta kat bawah.. dan yang paling dekat adalah di Masjid Aisyah, Tan'im..


Alhamdulillah.. sementara nak tunggu hari wukuf (26November 2009 = 9Zulhijjah 1430).. aku dan CK berpeluang buat umrah beberapa kali.. tapi CK dan kengkawannya dapat buat lebih banyak la.. dan tak kira masa.. sebab tu Rasulullah kata.. kalau orang perempuan nak berjihad.. tunaikanlah haji.. memang betul sungguh dan tak dinafikan.. sebabnya.. masa kat sana kita korbankan semua kesenangan, anak-anak, harta benda dan segala... dan biler dah ada kat sana.. kita tak berapa ingat dengan harta dunia hatta anak kesayangan sekalipun.. itulah keajaibannya dan kelebihan berada di Kota Mekah.. MasyaAllah.. Selain dari kita boleh berulang kali buat umrah.. pihak Tabung Haji adakan jugak sesi ceramah untuk jemaah haji.. cerita tentang kelebihan Tanah Suci Mekah dan sejarahnya, persediaan untuk hari wukuf, mabit di Muzdalifah dan keadaan di Mina, kisah-kisah benar yang berlaku pada jemaah haji semasa di Tanah Suci dan macam-macam lagi. Aku cukup seronok dengar Ustaz Cecep Mustofa (asal dari Tawau, Sabah) beri ceramah.. penyampaiannya sangat berkesan dan mudah diingati dan beliau cukup tegas dengan hukum hakam.. sorang lagi ustaz yang best adalah Ustaz Sapawi.. asal dari tempat yang paling bersih... hehehe.. Pasir Putih, Kelantan.. setiap maktab ada ustaz dan ustazah yang kita boleh rujuk kalau ada kemusykilan.. InsyaAllah..

Macam yang aku dah bagitau awal-awal.. petugas-petugas Tabung Haji ni memang berhati mulia dan bersih.. aku kagum sungguh dengan khidmat diorang.. tak kira masa dan tempat.. Alhamdulillah.. hotel aku ditempatkan tu merupakan Ibu Pejabat Tabung Haji di Mekah.. so banyak kemudahan yang disediakan.. kaunter pengeluaran dan simpanan wang (macam kat Tabung Haji Malaysia la), dobi (bayar sendiri), kafeteria, klinik, farmasi, kaunter penerbangan dan lain-lain. Kiranya wartawan-wartawan dari Malaysia yang nak buat liputan pasal musim haji pun stay kat hotel tu.. Syukur yang tak terhingga pada Allah..

Antara kesempatan yang patut kita rebut sewaktu di Tanah Suci nih ialah cuba khatamkan Al-Quran beberapa kali.. sebabnya.. selain dari pahala 100,000 kali ganda yang kita dapat.. penghayatan tu mungkin lebih sebabnya ayat-ayat suci Al-Quran diturunkan di Mekah dan Madinah.. InsyaAllah.. tapi jangan lupa.. walaupun semua kebaikan yang kita buat boleh dapat pahala 100,000 kali ganda.. niat nak buat jahat pun boleh dapat 100,000 kali ganda.. sebab tu apa yang terlintas dalam hati boleh dapat 'cash' balasannya.. Astaghfirullah.. hehehe.. jangan la pulak rasa takut nak pegi.. semua umat Islam yang berkuasa untuk menunaikan haji diwajibkan untuk ke Tanah Suci.. semua punya satu matlamat dan misi yang sama.. tak kira warna kulit, rambut, asal usul keturunan, negeri, negara, 1 Malaysia, 1 dunia... Allah tetap melihat iman dan taqwa hambaNya..

Lebih kurang 10 hari lagi nak wukuf.. pihak Tabung Haji minta semua jemaah menjaga kesihatan.. amik ubat siap-siap.. time nih dah tak digalakkan buat umrah.. sebabnya aktiviti haji nanti memerlukan ketahanan dan kekuatan fizikal dan mental.. time nih dah stat suspen + tak sabar.. pihak Tabung Haji pun dah beri penerangan terperinci mengenai pergerakan untuk aktiviti haji.. kita kena ikut peraturan yang telah ditetapkan selain dari solat hajat mohon dimudahkan dan semuanya berjalan lancar... satu lagi.. sebelum sampai hari nak bertolak ke Arafah.. sesiapa yang nak buat korban.. boleh la lantik pihak TH untuk uruskan.. kita just bayar Saudi Riyal 430.. kat sana banyak kibas dan unta yang dikorbankan..

jeng!jeng!jeng!.. sambung lagi nanti..

Rabu, 17 Februari 2010

Ha? Jaya Jusco Perai tutup?

Sungguh memeranjatkan cuti Tahun Baru Cina tahun ni.. banyak lot-lot kedai ditutup.. plan nak ke Kedai Buku Popular pun tak kesampaian.. dulu cam tak berapa kisah nak beraya.. sekarang boleh tutup berhari-hari.. (apakah maknanya semua ini.. kena berfikir apakah yang tersirat di sebalik kejadian...)


Kedai Buku Popular tutup.. termasuk la jiran tetangganya..

Patung tak de kepala menggayakan baju tapi kita tak boleh beli (Alhamdulillah) sebab kedainya ditutup.. (kepala pegi beraya.. hehe..) perasan tak.. sekarang patung peragaan banyak yang tak de kepala.. naper ya?


notis penutupan kedai.. semua lot kedai tampal nih.. rata-rata cuti 2 hari..


CK tengah pikir nak terjah kedai maner.. member dah la sangat suka masuk Digital Bay (kedai barangan komputer).. hehe.. me too..


Akhirnya.. kitorang masuk dalam store Jusco dan ada plak sale 70% untuk baju KikiLala.. best gak nih.. hehe..




Iklan - Pelembab Bibir

Meh kita relek jap.. sekarang ni kat Pulau Pinang cuaca boleh dikatakan panas siang dan malam.. dinasihatkan banyak minum air masak bagi mengelakkan kekeringan badan dan demam.. dan lagi.. kalau bibir kering.. boleh la guna produk kat bawah ni.. ni antara barangan yang aku bawak ke tanah suci sebab cuaca kat sana kan panas kering..

Pelembab bibir ni kena pakai time nak tido.. supaya lebih berkesan..

model cilik tengah memakai pelembab bibir sementara bersiap-siap nak tido..

taaaraaaaa.... hasilnya.. dan boleh la kita tido dalam senyuman.. hehe..




Ahad, 14 Februari 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 7

Nampaknya dah banyak episod dah ni tapi stori tak abis lagi.. maklum la.. banyak kekangan.. nak kena isi borang naik pangkat la.. (semua orang kena isi walaupun aku rasa cam payah je kami-kami-kami ni nak dapat.. tapi rezeki kan Allah tentukan.. apa-apa hal isi je borang dan anta la apa yang ada.. macam-macam kriteria yang manusia tetapkan.. aku percaya.. tak lama lagi mesti syarat-syaratnya berubah.. ye la.. lain manusia lain pandangannya.. biler time dia berada di atas.. kena ikut idea orang tu.. biler orang lain plak yang naik.. lain plak peraturannya..)

Hehe.. tu mukadimah kali nie.. luahan dari kita rakyat bawahan nie.. tapi tak tau la apa plak yang kita buat kalau kita yang kat atas.. kena doa banyak mudahan kita jadi hamba Allah yang sentiasa mengingati Allah dan mensyukuri semua nikmatNya.. Amin.. sebab tu.. kita digalakkan ke Mekah kerana kat Mekah la tempat kita buang segala kesombongan diri dan rasa besar diri.. semua orang sama je di sisi Allah tapi yang membezakan kita adalah iman dan taqwa.. contohnya biler kita dalam keadaan berihram.. kita kena tanggalkan semua pakaian mahal dan berjenama kita (kalau ada.. hehe) dan hanya memakai pakaian yang tak berjahit (orang lelaki) dan perempuan pulak kena sentiasa menutup aurat seperti dalam sembahyang..

Ok.. Kita teruskan cerita dan sambungan episod 6 sebelum nih..

Kitorang berkumpul di lobi hotel dalam kul 8 pg untuk pegi buat umrah.. sambil tu kena pastikan yang kita sentiasa bersama mahram kita.. mutawwif @ sheikh arab tu beri penerangan dalam bahasa Arab.. aku tak berapa paham tapi cam boleh agak-agak dia nak bagitau apa.. then kitorang mula la bertalbiah sepanjang jalan ke Masjidil Haram (lebih kurang 1 km @ 15minit berjalan kaki).. mutawwif tu bawa masuk ikut pintu BabusSalam.. terus nampak Kaabah.. MasyaAllah.. Kaabah dah di depan mata.. macam tak percaya.. terharu dan gembiranya.. Subhanallah.. Besarnya kekuasaanMu Ya Allah.. aku bersyukur dipilih dapat ke rumahMu dan jadi tetamuMu.. time ni kena baca doa masa tengok Kaabah..

"Allah Maha Agung (3x). Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya sekali-kali Tuhan yang memerintah segala sesuatu, bagiNya segala pujian dan Dialah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu, aku mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur dan sempit fikiran. Rahmat Allah dan sejahteraNya mencucuri ke atas Saidina Muhamad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan dan tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dan kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan".

Kemudian kitorang pun niat untuk tawaf umrah..

"Ya Allah! Sesungguhnya aku hendak mengerjakan tawaf Baitullah al-Haram tujuh keliling tawaf umrah kerana Allah Taala"..

Mula masuk ke dataran Kaabah ikut di antara Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad then mula pusingan tawaf pertama di Rukun Hajarul Aswad sambil mengkirikan Kaabah.. istilam (lambai) ke Hajarul Aswad dan kucup tapak tangan.. kita tak boleh pegang Hajarul Aswad masa kita dalam ihram nih.. sebab Hajarul Aswad kan penuh dengan minyak wangi.. so boleh menyebabkan kita kena dam.. kira satu pusingan lengkap mula dari Rukun Hajarul Aswad then abis kat Rukun Hajarul Aswad gak.. Sepanjang bertawaf nih kita kena jaga wudhuk kita.. kalu tiba2 terbatal wudhuk.. kena berhenti tawaf.. amik wudhuk semula then kena ulang pusingan yang tak abis tadi.. Aku dan CK pun ikut mutawwif tu sambil kena jaga (ensure) yang bahu kiri kita sentiasa mengadap Kaabah.. Orang lelaki disunatkan beridtiba' (membuka bahu kanan) dan ramal (berlari-lari anak) masa tawaf.. tengah-tengah tawaf tu kitorang yang tertinggal atau meninggalkan mutawwif tu pun aku tak pasti.. hehe.. kitorang abiskan tawaf 7 keliling tu then Alhamdulillah dapat sembahyang sunat tawaf 2 rakaat kt lingkungan Hijr Ismail.. time nih orang tak berapa ramai.. tu la sekali aku dapat sembahyang kt lingkungan Hijr Ismail.. sebabnya time-time tawaf yang lain sangat sesak.. (time lengang boleh siap tawaf 7 keliling lebih kurang 45minit je.. hehe.. tapi bile time bersesak-sesak untuk tawaf haji plak mau makan 2 jam lebih nak abiskan 7 pusingan (5-7km).. apa pun kena sentiasa mohon pada Allah agar memudahkan dan melapangkan urusan kita.. InsyaAllah semua akan jadi mudah)

Abis solat sunat tawaf.. doa jap kat Multazam (satu ruang antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah.. ni pun antara tempat mustajab berdoa) then kitorang pegi minum air zam-zam.. pehhh!! nikmatnya tak terkata.. patut la kita disunatkan minum air zam-zam lepas solat sunat tawaf tuh.. hilang semua keletihan.. Allah Maha Besar.. Rasulullah S.AW. bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik air di bumi ini ialah air zamzam, ia mengenyangkan dan menyembuhkan penyakit" (Riwayat al-Tabrany).. dan sunat juga kita bca doa masa minum air zamzam yang maknanya:

"Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit".

Habis minum.. kitorang jalan ke Bukit Safa untuk mula sa'ie sambil baca doa.. (waktu ni kalau wudhuk terbatal pun tak pe)..

"Aku mulai dengan apa yang telah dimulakan oleh Allah dan RasulNya:"Sesungguhnya Safa dan Marwah itu sebahagian daripada syiar agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersa'ie (berulang-alik di antara kedua-duanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi amat mengetahui".

Sampai kat Bukit Safa tu, kitorang pun mengadap Kaabah (dari situ boleh nampak Kaabah) dan niat untuk sa'ie umrah..

"Ya Allah! Sesungguhnya aku hendak sa'ie di antara Safa dan Marwah, tujuh kali sa'ie umrah kerana Allah Taala."

then angkat kedua-dua tangan ke arah Baitullah dan bertakbir "ALLAHU AKBAR" (3x).. pas tu stat berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah (lebih kurang 420meter).. ulang alik 7 kali (420m x 7 = 2.9km) dan abis yang ketujuh kat Bukit Marwah.. sampai kat kawasan lampu hijau.. orang lelaki disunatkan berlari-lari anak (ramal).. sepanjang ulang alik tu aku baca doa ikut buku yang pihak TH bagi dan tambah-tambah dengan doa sendiri.. yang penting kita kena sentiasa mohon keampunan Allah untuk diri kita, keluarga dan muslimin muslimat.. mohon agar diberi kebaikan dunia akhirat.. dipelihara azab kubur dan azab api neraka.. Amin..

Abis sa'ie.. kitorang bertahallul (membebaskan diri dari ihram dan larangan-larangannya.. boleh dah pakai baju biasa semula) dengan menggunting sikit rambut (sekurang-kurang 3 helai rambut) sambil baca doa.. agar rambut tu nanti jadi saksi di akhirat kelak.. Alhamdulillah.. selesai sudah umrah kami.. abis tu terus balik bilik then tido.. hehe.. 1st time kan jalan kaki sejauh tu.. patut la pihak TH pesan suruh kita buat latihan berjalan kaki masa kat Malaysia lagi.. rupa-rupanya memang penat untuk pertama kali.. tapi pas-pas tu ok dah..

p/s: Sebenarnya umrah dan haji tidak la susah sangat.. lagipun kita boleh pilih jenis haji yang kita nak buat.. tamattuk @ ifrad @ qiran.. dan kena sangat yakin dengan kekuasaan Allah.. pergantungan kita hanyalah pada Allah..

Nota:-
Rukun Umrah :
1. Niat di miqat
2. Tawaf di Baitullah
3. Sa'ie
4. Tertib (mengerjakan rukun umrah mengikut susunannya satu persatu)

Selasa, 9 Februari 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 6

Hehe.. sori ah.. terpaksa citer sikit-sikit dan tak berapa ikut kronologi peristiwa.. tapi yang penting aku nak share dengan korang di samping jadi cam diari aku gak.. maklum la.. ingatan manusia ni tak kekal lama.. kadang-kadang hilang ingatan.. kadang-kadang tak ingat langsung.. huhu..

Kita sambung lagi..

Cukup 8 hari di Madinah.. kitorang nak berangkat ke Kota Mekah pulak.. jangka bertolak pas Maghrib 31Oktober 2009.. so.. sebelum bertolak tuh.. kitorang siap-siap berpakaian ihram (sebelum tuh kena buat dulu sunat-sunat ihram.. menanggalkan bulu-bulu.. mengerat kuku.. mandi sunat ihram.. memakai bau-bauan.. sembahyang sunat ihram).. pas tu naik bas yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji.. tak boleh naik bas lain ikut suka ati kita.. sebabnya pasport kiter dipegang oleh driver bas tuh..

Lebih kurang kul 7 petang.. bas pun bergerak dan berenti kejap kat Masjid Bir Ali (8km dari bandar Madinah) untuk kitorang solat sunat ihram dan seterusnya pasang niat umrah.. "Sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala". Kalau kita tak niat kat Bir Ali nih.. nanti kena dam.. sebabnya niat adalah rukun umrah dan niat ihram di miqat pulak wajib umrah.. Bir Ali adalah tempat miqat kalau kita bertolak dari Madinah nak ke Mekah.. Bila dah niat.. makanya bermulalah semua pantang larang dalam ihram yang 13 perkara tu.. Kitorang pilih nak buat haji tamattuk.. yang mana berniat umrah pada bulan-bulan haji dan menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan umrah then bila tiba waktu haji pada tahun yang sama kena berihram haji pulak dan menunaikan amal ibadat yang berkaitan dengan haji.. Sepanjang perjalanan, terutama di awal perjalanan.. kitorang bertalbiah dan driver bas berenti dua kali kat tempat rehat dan rawat.. tengah-tengah perjalanan ramai yang dah lena.. hehe.. Alhamdulillah.. Kul 4 pagi 1November2009, kitorang selamat sampai di Tanah Suci Mekah..

Kitorang ditempatkan di Hotel Abraj Janadriyah yang disewa oleh pihak Tabung Haji sejak tahun 2007. Bangunan ni boleh menempatkan seramai 7,700 jemaah haji. Ada 3 maktab yang dok kat hotel ni.. Maktab 75, 76 dan 77.. satu maktab lebih kurang 2,500 orang.. Bangunan 15 tingkat dan kitorang ditempatkan di Tingkat 14 (nombor bilik aku 1441 dan nombor bilik CK 1440). Sungguh selesa biliknya beserta kemudahan yang disediakan. (Malu plak dengan pihak Tabung Haji.. dah la bayar paling murah tapi dapat kemudahan dan layanan yang tip top.. pehhhh!!!.. so.. tak boley komplen2 tau!) Aku berkongsi dengan 4 orang jemaah lain dan pasangan kami ditempatkan betul-betul bersebelahan dengan bilik kami. Ada kemudahan telefon.. so.. boley le cal-cal jejaka kat bilik sebelah tu.. hahaha... Alhamdulillah tak terkata.. aku dan CK dapat roomates yang sehati sejiwa dan kitorang masih ber'reunion' sampai sekarang dengan diorang..

Sampai je kat bilik.. kitorang berehat-rehat sambil tunggu waktu Subuh.. then sarapan dihantar ke bilik.. sedapnya.. nasi lemak buah bidara.. air kena buat sendiri sebab pihak TH dah bagi cerek elektrik dan set minuman pagi (teh, krimer, gula, cawan dan sudu).. pukul 8pagi kitorang diarahkan berkumpul di lobi untuk ikut mutawwif untuk buat umrah... jeng!jeng!jeng! Debaran makin terasa.. aku sangat tidak sabar untuk melihat Kaabah dengan mata kepalaku sendiri... selama ni kita solat berkiblatkan Kaabah yang kiter dok tengok atas sejadah tu.. masanya kian dekat.. satu lagi.. aku maner la penah buat umrah ni kan.. camner la tawaf, saie, tahallul dan segala bagai tuh.. makin tak sabar rasanya..

Sambung lagi nanti..

p/s: 8hari di Madinah tu biasanya sebab pihak TH nak bagi kiter peluang berjemaah sebanyak 40 waktu solat fardhu..

Selasa, 2 Februari 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 5

Nak cerita sikit lagi pasal Kota Madinah Al-Munawwarah.. antara perkara yang aku perasan kat Madinah ni ialah penduduknya lebih 'warm' kalau nak dibandingkan dengan orang-orang Mekah.. ramai yang boleh cakap melayu dah.. hehe.. tu yang tak susah nak menyopping kt sini.. kalau kita pegi ke kedai-kedai di sekitar Madinah.. diorang sungguh-sungguh melayan dan cukup suka kalau tau kita dari Malaysia.. antara 'tagline' yang aku dok selalu dengar.. "Malaysia bagus.." hehe.. bangga tul rasa.. Alhamdulillah..

Kalau kat Masjid Nabawi plak.. petugas-petugas pompuan dia dok panggil kita.. "ibu.. ibu.." then bagi arahan dalam bahasa Melayu.. "maju ibu.. maju".. tu maknanya dia suruh kita penuhkan saf kat depan.. so.. jangan takut la nak berkomunikasi dengan penduduk Madinah.. dan lagi kat Masjid Nabawi nih.. tempoh masa azan dan qamat agak lama.. lebih kurang setengah jam.. dan time azan je.. semua kedai-kedai akan ditutup dan para pekedai akan ke masjid sama ada berjalan kaki atau naik basikal (basikal diorang dok ikat depan kedai).. aku memang kagum la.. kiranya boleh tengok orang membaca Al-Quran di mana-mana tak kira waktu dan tempat..

Suara imamnya semua sedap-sedap dan menusuk kalbu.. boleh dikatakan setiap kali lepas solat fardhu ada solat jenazah.. sebab tu orang Tabung Haji pesan supaya orang-orang pompuan belajar solat jenazah.. aku mengaku yang aku tak pernah solat jenazah sebelum ni.. tapi kat Madinah aku berpeluang untuk sama-sama solat.. Alhamdulillah.. dan lagi yang aku perasan.. Imam tak baca Bismillah masa baca Al-Fatihah dan surah-surah.. kalau solat Subuh dan Isyak.. Imam baca surah agak panjang.. tapi solat Maghrib imam baca surah lazim yang pendek je.. mungkin sebab tempoh waktu Maghrib dan Isyak tak lama.. dan biasanya lepas solat Maghrib.. ada tadarus sambil membetulkan bacaan ayat-ayat suci yang dibaca.. yang aku dok perati.. ramai gak hafizah.. bertuahnya diorang..

Kat Masjid Nabawi diorang asingkan antara pompuan dan lelaki.. so.. masuk ikut pintu yang ditetapkan saja.. biasanya aku masuk ikut pintu "Osman Affan".. setiap pintu ada nama.. aku tak berpeluang masuk ikut "BabusSalam" sebab tu kawasan orang lelaki.. Petugas-petugas pompuan akan 'check' beg yang kita bawak nak pastikan tak de kamera ataupun 'camera handphone'.. diorang tak rampas tapi tak bagi kita masuk dalam masjid dengan barang-barang tu.. orang lelaki diorang tak 'check' pun.. tu yang diorang boleh amik gambar dengan bebas tuh.. aku plak masukkan handphone kamera kokak aku dalam kocek jubah.. hehe.. lepas la gak.. payah tak bawak handphone ni.. nanti nak calling-calling CK kan.. tapi selalunya janji dating kat luar masjid.. kat tiang luar yang akhir sekali..

Oh ya.. selain diorang asingkan tempat lelaki dan pompuan.. kat dalam tempat pompuan tu pun diorang asingkan tempat pompuan tanpa bawa anak dan pompuan bawa anak.. kalau kat Malaysia kita tak digalakkan bawak anak bawah umur 7 tahun ke masjid.. tapi kat sini jadi satu pemandangan biasa dan aku tengok anak diorang semuanya 'well-mannered' je.. adat la kan nangis sikit-sikit tuh.. atau lari-lari manja dalam masjid.. hehe..

Dalam masjid banyak tong air zam-zam disediakan.. kiter bebas minum dengan sepuas-puasnya.. boleh gak bawak bekas air dan isi.. ada yang sejuk dan biasa.. memang sedap la..

Satu lagi sebelum aku terlupa.. biasanya kalau orang ke Tanah Suci ni diorang suka nak waqaf Al-Quran kt Masjid Nabawi @ MasjidilHaram.. so.. korang kena pastikan Al-Quran yang nak diwaqafkan tu adalah cetakan Madinah.. ada tulis kat dalam Al-Quran tu cetakan maner.. Madinah atau Beirut atau Syria.. kalau lain dari cetakan Madinah.. Al-Quran tu akan dipindahkan ke masjid-masjid lain.. biasanya harga Al-Quran cetakan Madinah ni lebih kurang 40 saudi riyal.. tapi kalau cetakan Beirut atau Syria.. 20 saudi riyal je harganya.. so.. kalau kita nak Al-Quran kita tu dikekalkan dalam Masjid Nabawi @ MasjidilHaram.. kena la korban sikit.. Allah Maha Mengetahui.. biasanya kat depan masjid ada orang jual Al-Quran harga 20 riyal je.. dan nak cari Al-Quran cetakan Madinah kita cari kat kedai-kedai buku kat situ... ingat ya pesanan ni.. kat Mekah pun macam tu jugak..

Dan 'part' yang paling aku dan kengkawan aku tak boleh lupa adalah kita hendaklah berniat sedekah kepada penduduk Madinah dan Mekah sewaktu kita menyopping di sana.. Walaupun ia sebenarnya memenuhi keperluan-keperluan kita, wang itu masih dikira sebagai sumbangan terhadap orang-orang yang sangat memerlukannya di tanah suci. Kiranya kita membantu mereka agar mereka tidak meminta-meminta dalam mencari nafkah hidup..

Ok.. setakat ni dulu cerita pasal Madinah.. pas ni aku cerita plak pasal Kota Mekah Al-Mukarramah dan aktiviti haji.. dan lagi stori mori aku nih adalah pengalaman aku sewaktu di sana.. mungkin tak sama dengan orang lain.. mungkin lain masa dan ketika.. lain peraturan dan suasananya.. Wallahu'alam..
Related Posts with Thumbnails