Singgah Jap

Rabu, 30 Disember 2009

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 1

Baitullah.. first time tgk dgn mata kepala sendiri rasa mcm2.. terharu + gembira + tak percaya = tp sgt bersyukur dpt jd tetamu Allah.. mudahan dpt pg lg..


Dah 2 minggu kt M'sia baru hilang 'jet lag' kitorang... hehe.. kalu x.. pantang letak kepala mesti terus hanyut.. then tengah malam terjaga sbb kt Tanah Suci masih awal lagi.. pas subuh sambung plak tido sampai nak zohor.. teruk betul.. maklum la.. 55 hari kt sana then nak adjust semula rutin kt Malaysia.. tu yg amik masa skit..

Beza waktu M'sia n Makkah lebih kurang 5 jam.. maksudnya.. kalau M'sia pukul 10 pagi.. Makkah pukul 5 pagi hari yg sama.. tu yg tak dpt nak menstori pasal Tanah Suci lg.. kita sembang2 je la.. sambil cr idea bernas.. hehe..

Macam tu gak masa mula2 sampai Madinah.. 2 hari pertama tu.. waktu antara Maghrib dan Isyak aku mesti tertido walaupun tgh baca Al-Quran.. huhu.. dahsyat sungguh keadaan aku masa tu.. tapi hari ke3 dah boley 'adapt' dgn suasana Madinah..

Oleh kerana aku kena extend 10 hari kt Tanah Suci maka cuti tahun aku telah berjaya dihabiskan dan terpaksa pulak tambah dgn cuti tanpa gaji (4 hari = RM500 bro..) huhu.. dugaan... elaun2 utk tempoh 40hari perlu dibayar semula (almost RM1k).. tapi bila dipikirkan semula.. apa salahnya aku bayar balikkan.. lg pun utk tempoh tu aku tak kerja.. n org lain yg tolong buat kerja utk aku.. lagi pulak.. Allah dah janji tidak akan papa org yg menunaikan fardhu haji.. yakin sungguh2.. mudahan Allah luaskan rezeki kita semua.. Amin..

Satu lg.. persiapan fizikal dan mental mmg sgt perlu.. pihak Tabung Haji sgt menggalakkan kita pergi di usia muda.. bayangkan waktu hendak melontar di jamrah kita perlu berjalan sejauh 7km selama 4 hari.. kira2 1jam 45minit berjalan.. tu tak termasuk lagi kita nak berjalan kaki ulang alik dr tempat kediaman ke Masjidil Haram (2 km pegi balik) setiap waktu.. (seperkara yg aku perasan.. hehe.. org2 muda lebih sabar berbanding dgn warga emas biler berada di sana.. dugaan Allah semua ni sebenarnya.. bukan mengutuk ya.. ni dr pemerhatian aku yg lemah iman ni..)
Dalam Masjidil Haram.. kitorg amik dr tingkat atas..

Laluan sa'ie.. org yg berihram tu tgh sa'ie.. ulang-alik dr bukit safa ke bukit marwah.. sampai kt lampu hijau tu.. org lelaki disunatkan berlari2 anak (ramal).. org pompuan jalan cam biasa.. (time amik gambar ni kitorg bukan dlm ihram tau!). Hari2 (setiap saat) ada org wat umrah.. Laluan sa'ie ni wpun bersambung dgn masjid tp tidak dikira sebahagian masjid so org perempuan yg dalam haid boleh lalu kt sini..


Tempat minum air zam-zam.. ada banyak tempat air dlm masjid.. boley minum sepuas2nya.. sunat minum sambil berdiri.. sebelum minum jgn lupa doa.. "Ya Allah! Kurniakanlah kami ilmu yg bermanfaat, rezeki yg luas dan penawar segala penyakit".


suasana luar Masjidil Haram pas solat subuh.. banyak burung merpati..

ok.. sambung lg nanti..



Sabtu, 19 Disember 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

First word yg kuar dr minda dan mulut weol.. akhirnya aku dan CK selamat sampai ke tanah air yg tercinta selepas selesai melaksanakan rukun Islam ke5.. dapat berjumpa semula dgn keluarga dan sahabat handai dlm keadaan yg baik.. Alhamdulillah..

Weol landed kt Penang International Airport tepat jam 7.33pg, 17Disember 2009 after 55days kt Tanah Suci.. sepatutnya sampai M'sia 7Disember 2009.. tapi Allah masih mengizinkan weol sebagai tetamuNya.. kena extend lg 10 hari... huhu.. mula2 dpt berita tu rasa sedih gak.. hehe.. sbb rindu sgt dah kt semua di M'sia.. tp bila berdoa dpn Kaabah mohon Allah tunjukkan apa yg baik utk weol.. rasa lega dan bersyukur plak kerana weol dpt stay lg sbb tak tau la biler dpt sampai lg ke Baitullah... mudahan kedatangan weol baru2 ni bukan la yg terakhir dan kalau tiada rezeki utk sampai lg mohon Allah ganti dgn syurga.. Amin..


Sebenarnya.. antara sbb2 weol kena extend adalah pihak Arab Saudi hanya membenarkan 4 penerbangan sehari kuar dr airportnya.. hmmmm... mcm2 kan.. dan yg terlibat hanyalah kami2 yg naik Malaysian Airlines.. adalah 5 grup penerbangan yg terlibat drp seratus lebih grup M'sia.. tp tu semua urusan Allah.. kita hanya merencana tp Allah penentu segala..


Banyak pengalaman yg dapat dikutip + dilihat + jd iktibar etc.. akan distori mori kemudian together with the pics.. time ni weol masih lg dlm perubahan masa tdo n berjaga.. hehehe.. ni kepala pun dok ting tong lg.. belum sempurna diadjust..


Apa2 pun.. Syukur Alhamdulillah atas segala kurniaanNya.. doa utk kengkawan yg lain gak.. mudahan kita semua akan dijemput Allah ke rumahNya.. best woi! Tak terkata.. Tak terucap... usahalah utk sampai ke sana.. kita tak tau usia kita bertahan setakat maner.. duit boley cari tp umur kita x tau.. tu antara yg menguatkan azam weol utk ke sana walau apapun terjadi... InsyaAllah.. biler ada keazaman mcm tu.. Allah akan bantu selesaikan kesemuanya.. n kena doa sungguh2..

InsyaAllah aku akan stori lg nti pasal Kota Madinah Al-Munawwarah dan Makkah Al-Mukarramah.. (The best places in the world! MasyaAllah..)


p/s: kena pulun marking nih.. lusa dah nak kena anta markah final students.. huhu.. Allah Maha Besar..

Related Posts with Thumbnails