Singgah Jap

Rabu, 23 Februari 2011

Dialog Kanak-kanak

Situasi 1

Cik Tipah : Ibu, ibu.. tadikan.. semalamkan.. ibu cakap kat ayah ibu nak kawin..
Ibu : Haaaa? Ibu nak kawin dengan sapa?
Cik Tipah : Ibu nak kawin dengan Tipah, dengan baby, dengan Atif, dengan Ayah..
Ibu : Ooooooo... (agaknya apa la kawin tu di pikiran ko Cik Tipah oi!).

Situasi 2

Atif : Ibu, cuba ibu tengok rambut kakak tu.. warna koko ke?
Ibu : Ya..
Atif : Kenapa kakak tu rambut dia warna koko bukan warna hitam?
Ibu : Ibu tak pasti la.. Atif tengok mana lebih cantik? Rambut warna hitam atau warna koko?
Atif : Hmmmm.. kakak tu cantik kalau pakai tudung kot.. nanti tak de orang tanya kenapa rambut kakak tu warna koko kan?
Ibu : Betul la tu.. hehehe

Situasi 3

Atif : Ibu, kenapa ibu tak hantar Atif pegi Sekolah PJ?
Ibu : Atif kan nak jadi ustaz.. ibu hantar la kat sekolah agama..
Atif : Kalau sekolah kat PJ tu tak boleh jadi ustaz ke? Habis tu diorang nanti jadi apa?
Ibu : Boleh gak jadi ustaz tapi..
Atif : Tapi apa ibu?
Ibu : Hehehehe... nanti ibu tanya ayah eh.. (teruknya ibu ko.. tak tau apa nak jawap..)



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails