Sabtu, 10 April 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 12

tunjuk arah ke Jamarat

on the way ke jamarat.. dalam terowong Muassem..

hehe.. contoh aksi melontar..

siap melontar jamarat Kubra dan selepas bertahallul awal..

rakan-rakan sepenerbangan dari Penang (KT13)..

Lama sungguh tak 'update' blog.. kalau nak ikut macam-macam cerita boleh dijadikan 'entry'.. tapi nak menaip pun perlukan kekuatan atau istilah lain.. 'mood'.. tapi sebenarnya belum ada izin Allah..

Cerita perjalanan haji tak abis lagi.. kalau ikut kronologi.. aku masih kat Muzdalifah lagi nih.. hehe.. tapi pihak Tabung Haji dah bagi sijil penyertaan kerana menyertai rombongan haji musim haji 1430H baru ni.. kiranya dah selesai dah haji kami dan mudahan Allah terima ibadah kami.. makanya aku teruskan penceritaan kembara aku tempoh hari..

Lebih kurang kul 4pg.. kitorang naik bas dari Muzdalifah ke Mina sambil kena pastikan setiap perjalanan mesti bersama mahram.. Alhamdulillah.. sat je dah sampai ke khemah di Mina dan tak susah nak cari khemah masing-masing.. sampai je dalam khemah tu.. aku pun baring-baring sementara nak tunggu Subuh sebabnya kawan lain ramai tak sampai lagi .. biasa la kan.. kalau tunggu sambil baring tu mestilah end-up dengan tidur yang lena.. tau-tau kawan-kawan lain dah sampai dan siap solat.. baru aku kalut nak solat..

Pas solat subuh.. Mak Teh (nama gelaran) hulur kuih raya kat aku.. huhu.. baru perasan pagi tu adalah pagi raya haji.. kiranya ada gak la suasana raya sikit-sikit.. tapi kitorang lebih nak menumpukan pada ibadat melontar dan tak dapat rasa daging korban (teringin gak nak rasa daging unta.. InsyaAllah next time).. kat khemah orang lelaki pulak diorang solat berjemaah dan bertakbir.. orang pompuan susah sikit nak berjemaah sebabnya time bersiap tu tak sama.. so solat la sendiri-sendiri then baca quran.. then tido.. then berkenal-kenalan dengan kawan-kawan sekhemah.. then sarapan pagi pun sampai..

Hari pertama melontar (10 Zulhijjah).. jadual untuk jemaah Malaysia (Asia Tenggara) melontar ialah pada pukul 3petang.. so.. hari tu kami dinasihatkan agar jamak tamam (zohor dan asar) kerana kami perlu berjalan kaki sejauh 7km pergi balik.. suspen nih.. camner la gaya melontar dan macam mana la rupa Jamrat .. hari pertama ni cuma melontar kat Jamrat Kubra je iaitu jamrat yang terbesar..

Selesai sudah lontaran hari pertama.. letih sungguh rasa.. maklum la.. jalan kaki lebih kurang 7km tanpa henti dan amik masa dekat 2 jam la kiranya.. tapi tetap tanam azam kena selesaikan lontaran untuk hari-hari seterusnya.. dan ada satu peristiwa yang berlaku pada aku hari tu.. kiranya kirafah untuk mulut aku yang tak bersyukur dengan rezeki Allah... ini untuk jadi iktibar juga kepada kawan-kawan lain ya..

Masa tengah bersiap-siap nak pegi melontar tu.. aku sempat bersms dengan Dieba (nama sebenar) dan tanya kat dia.. tahun ni dapat bonus tak? Dieba pun jawab.. dapat RM500.. then aku pun bagitau kt CK.. RM500 je kita dapat kali nih kiranya duit yuran untuk sekolah Atif pun tak lepas.. terbeliak mata CK dengar ayat yang tak beretika keluar dari mulut aku.. CK kata.. syukur la sebab dapat jugak.. aku cam tak puas-puas hati je.. tapi aku cepat-cepat istighfar.. ye la.. kitorang kan kat tanah suci.. dan sampai selesai melontar Jamrat Kubra tu kitorang pun bertahallul awal dan terus la berjalan balik ke khemah tapi dalam perjalanan tu aku dihimpit oleh 2 orang pengemis sambil sebut.. Malaysia.. Malaysia.. Good.. rupanya.. dalam good-good tu.. beg duit kecik aku telah dicuri.. kiranya terbang la 400 riyal duit aku.. terus jadi aku langsung tak berduit waktu di Mina.. serta merta aku dapat balasan atas lidah aku yang cakap tanpa memikirkan kesan dan akibat.. huhu.. aku bersyukur kerana Allah segera mengingatkan aku.. Alhmdulillah..

Hari kedua, ketiga dan keempat raya haji (11, 12 & 13 Zulhijjah) kitorang melontar ketiga-tiga jamrat - Wusta, Sughra dan Kubra.. Alhamdulillah.. selesai ibadat melontar.. kitorang buat nafar thani iaitu tinggal di Mina sehingga 13Zulhijjah.. ada kumpulan yang kena nafar awal.. meninggalkan Mina selepas selesai melontar pada 12Zulhijjah sebab jadual penerbangan balik dah hampir dan mereka kena selesaikan tawaf dan saie haji dalam nak melengkapkan ibadah haji sebelum balik ke tanah air..

p/s: sambung lagi nanti.. sok dan lusa ada konvokesyen..

Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...