Singgah Jap

Ahad, 14 Mac 2010

KURSUS UBS 7 HARI BERTURUT

Alhamdulillah...

Hari ni masuk hari ke 6 weol berkursus dan berkurung dalam lab... seronok + tensen + dapat banyak ilmu baru.. (yeha! tinggal sehari je lagi.. then terus cuti seminggu.. nak menjenguk korga aku plak di kampung nun jauh di Johor tu..)

1. Seronok tu dah mesti sebab dapat berkumpul dengan kengkawan + makan disediakan..
2. Tensen sebab pas abis setiap modul ada exam dan terpaksa memerah kepala otak.. kena recall pasal accounting principle (aku dah lama tak ajar paper yang ada debit kredit nih).. so tahap kelembapan agak tinggi..
3. Dapat ilmu baru.. selama ni dok buat secara manual.. ni computerised.. walaupun pernah ada pendedahan awal.. tapi itu sudah berkarat tebal dan perlu di'polish'..

3 hari pertama kena belajar pasal UBS Accounting.. masa ni semangat semua orang masih tinggi sebab semua dah biasa dengan dunia accounting dan Alhamdulillah tak berapa susah nak paham dan 'apply'.. tapi biler exam.. kelam kabut gak.. (aku la tu.. tawakal je la.. 2 bulan lagi baru tau resultsnya..). Hehe.. yang lawak tu.. baru le reti nak 'backup' dan 'restore".. (basic things tu.. tapi kalau tak tau memang parah.. haha..)

Tima kasey tak terhingga kepada kengkawan yang menganjurkan kursus ni.. Ashraf, Kak Mariam dan Suriani.. uol memang best!

Dua hari kedua.. kena belajar UBS Stock Control plak.. huhu.. part ni yang susah.. very details.. aku agak fail tang mem'posting' tu + nak review reports.. rasanya dalam buku tunjuk lain tapi exam mintak lain (mau salah buku gak dan bukan diri sendiri.. hehe.. memang lemah tul iman aku).. Biler exam untuk modul ni... peeerrgggggghhhhhh... aku buat dengan teliti dan berhemah sungguh.. tapi bila nak posting.. aku buat ikut suka hati aku bukan ikut soalan peksa.. minta maap ye Mr.Yap (trainer dari UBS).. kami ni budak baru belajar.. sob!sob!sob!

Ni la Mr.Yap yang berkobar-kobar mengajar kami ya.. wajahnya cukup eksklusif dan tak dapat dipaparkan.. (kawan yang tudung kuning menunjukkan kekaguman yang tinggi pada Mr.Yap.. haha)


Dan.. untuk hari ni dan esok.. weol belajar pasal UBS Payroll.. susah gak.. nak kira gaji + overtime + elaun.. kena belajar baca jadual EPF, SOCSO dan PCB.. hehe.. selama ni orang buat untuk kita je.. so.. ni turn aku plak belajar camner nak kira untuk orang.. esok exam untuk payroll.. then abis.. then boley balik kampung.. then bercuti.. thennnnnnnnnn??

Yang paling menyeronokkan.. cukup la kursus 7 hari setaun kami.. kira tak yah pegi kursus mana-mana la pas ni.. ye ha!!

p/s:
1. Salah sorang kawan aku a.k.a peserta kursus ni a.k.a blogger - habeida hafaif tengah dok amik gambar sendiri.. hehe.. mesti dah kritikal tuh.. (i lap u)..
2. Tima kasey infiniti pada CK sebab tolong jaga Atif dan Atifah sorang-sorang without me this last weekend.. i luv u so much...

Mudahan kita semua dapat manfaat daripada apa yang kita pelajari dan yang penting diredhai Allah. Amin..





11 ulasan:

Habeida Hafaif berkata...

hahah..amik gamba sendiri febret..hahahha

norisramzi berkata...

syoknya kursus 7 hari....saya ni still 0 untuk tahun nie....waaaaaaa.....

ahliacikgukhairul berkata...

habeida: kekadang aku tumpang 2 kaki.. haha

noris: sempat lg nih.. akak pun sebab jap2 lg nak cuti panjang.. hehe

alladiin berkata...

sesekali jadi student best apa... semua di sediakan... klu gagal pun, lantak pi lah... yg penting, sijil menyertai kursus dan ilmu yg dpt serba sedikit... tapi, nurul kan terer akaun...

Muhammad berkata...

السلام عليكم وورحمة الله وبركاته

ahliacikgukhairul berkata...

alladin: betul la.. tak risau sangat kalau gagal.. yg penting sijil penyertaan tuh.. tp skrg ni ilmu akaun dah nak berkarat gak.. kena polish balik..

muhammad: wa'alaikumsalam.. tima kasey sbb sudi singgah..

wien berkata...

hai, amek kat mna ye kursus ni..
mmg terbuka tuk org luar ke ye?
tgh cari kursus akaun ni.huhuhu

ain din berkata...

salam , kat mane nk amek kursus ni ?
dpt sijil kan ?

Tanpa Nama berkata...

salam..
saya sedang mencari kursus jangka pendek perakaunan especially in using UBS system. blh bgtau bagai mana nk sertai kursus ini dan di mana kursus ni di adakan?
Tq.

tam berkata...

salam.. amk kursus ubs ni ktne er?

Hamizah Asmuni berkata...

Assalamualaikum.. sy tengah mencari tempat kursus accounting ubs ni. Boleh sy tahu akak dulu ambil kursus ni kt ne?
Terima kasih

Related Posts with Thumbnails